Thursday, March 29, 2007
Solat Dhuha
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha.
Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya: "Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan" (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya : "Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan." (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata: "Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas" (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahya ng sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya. " (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)
Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : " Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya, " (Riwayat At-Thabarani ).
Untuk mengamalkan sunat Dhuha, yang bekerja, dicadangkan mengambil wuduk di rumah. Selepas itu kita akan menaiki kenderaan dalam keadaan berwuduk ke tempat kerja dan insyaallah mendapat perlindungan Allah S.A.T semasa perjalanan. Bila sampai ke tempat kerja terus mengerjakan sembahyang Dhuha.
Adapun niat sembahyang Dhuha ialah : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
Bacaan surah yang digalakkan adalah seperti berikut:
Rakaat 1
Al-Syamsy
Al Dhuha
Al-Kursi 7X
Rakaat 2
Al-Laiil
An Nasr
Al-Iklas 11X
Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
"Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
Kehebatan BISMILLAHIRRAHMANIR RAHIM
2. Bersabda Nabi s.a.w.: "Ketika turunnya Bismillaahir rahmaanir rahiimi, bergembiralah ahli langit dari bangsa Malaikat, bergoncanglah 'Arasy kerana turunnya. Turut serta bersamanya 1000 Malaikat. Dan, bertambahlah iman para Malaikat. Dan, tunduklah segala jin dan bergetar segala planet. Gementar segala sendi-sendi kerana turunnya." Dari Abu Na'im dan Ibn Sunni dari Siti Aisyah r.anhuma: "Ketika turun Bismillaahir rahmaanir rahiimi, mengucap tasbihlah gunung-ganang hingga dapat mendengar para penduduk Mekah dan sekitarnya. Lalu mereka berkata:"Rupanya Muhammad yang menyihir gunung-gunung itu." Kemudian Allah bangkitkan awan hingga meneduhkan penduduk Mekah."
3. Sabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh yakin, akan bertasbihlah gunung-ganang. Cuma sahaja ia tidak dapat mendengarnya. "
4. Rasulullah s.a.w. bersabda: " Barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan Laa haula walaquwwata illaa billaahil aliyyil adzhiim, Allah lepaskan dia dari 70 pintu bala dan kesukaran, dukacita dan kesakitan." Dari al-Waqii dan Ats-Tsa'labi dari Ibnu Mas'ud r.a.: "Barangsiapa ingin dipelihara oleh Allah dari seksaan Neraka Zabbaniah yang sembilanbelas, maka hendaklah dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Kerana Allah menjadikan tiap-tiap huruf Bismillah itu sebagai perisai." Dari ad-Dailami dari Ibnu Mas'ud r.a., bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi, dituliskan baginya tiap-tiap huruf 4000 kebajikan, dihapuskan darinya 4000 keburukan dan diangkat dia 4000 darjat."
5. Bersabda Nabi s.a.w.: "Jin itu suka memakai barang-barang kepunyaan manusia dan pakaian mereka. Oleh itu,barangsiapa mengambil atau menaruh pakaian, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi. Kerana sesungguhnya nama Allah yang dibacakan di situ merupakan cop mohor Allah." Pengertian dari hadith di atas ialah hendaklah kita mengucapkan Bismillaahir rahmaanirrahiimi setiap kali kita menyimpan atau mengambil barang-barang kepunyaan kita agar terjaga daripada jin dan Syaitan. Bukan sahaja kita mendapat pahala dari mengucapkannya tetapi juga mendapat keberkatan dan keselamatan samada atas harta-benda mahupun diri dan segala usaha kita. Dari Anas bin Malik bersabda Nabi s.a.w.: "Andaikata pepohon dijadikan pena dan lautan dijadikan tinta, lalu dikumpulkan semua jin, manusia dan Malaikat untuk membuat buku dan menulis erti Bismillaahir rahmaanirrahiimi selama sejuta tahun, mereka tidak akan sanggup mengertikannya walau hanya satu persepuluh darinya."
6. Bersabda Rasulullah s.a.w.: "Ada suatu kaum yang datang pada Hari Qiamat nanti dengan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Lebih berat kebajikan mereka dari keburukan mereka. Lalu berkata umat-umat yang lain: "Alangkah beratnya timbangan amal kebajikan mereka." Sesungguhnya, adapun yang menjadi sedemikian kerana mereka sentiasa memulai segakla perbicaraan mereka dengan Bismillahir rahmaanir rahiim. Kerana ia adalah Isim Allah Yang Maha Agung. Jika sekiranya diletakkan langit dan bumi serta segala isinya ke atas neraca timbangan,nescaya beratlah lagi kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi."
7. Dari Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila engkau berwuduk, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanir rahiimi kerana Malaikat penjagamu tidak kan berhenti menuliskan kebajikan bagimu sehingga engkau selesai. Dan, apabila engkau ingin bersatu dengan isterimu, ucapkanlah Bismillaahir rahmaanirrahiimi kerana sesungguhnya Malaikat penjagamu akan menuliskan kebajikan bagimu hingga selesai engkau mandi janabah. Jika dari persetubuhan itu lahir seorang anak, akan dituliskan bagimu kebajikan menurut bilangan nafasnya dan bilangan anak-cucunya hingga tidak dikecualikan walau seorang."
8. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a. telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Barangsiapa di antara kamu apabila ia akan bersetubuh dengan isterinya, lalu dia mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi dan "Ya Allah, jauhkanlah Syaitan daripada kami dan jauhkanlah Syaitan itu daripada apa yang Engkau kurniakan untuk kami", maka jika sesungguhnya Allah takdirkan dari persetubuhan itu lahir seorang anak, tidak akan dapat Syaitan memudaratkannya untuk selama-lamanya. "
9. Dikisahkan di dalam Kitab Khozinatul-Asror bahawasanya Allah Ta'ala itu mempunyai 3000 nama yang mana 1000 nama hanya diketahui oleh para Nabi-Nabi Allah, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Taurat, 300 nama disebutkan di dalam kitab Injil, 300 nama disebutkan di dalam Kitab Zabur, 99 nama disebutkan di dalam al-Qur'anulkariim manakala 1 berada di sisi Allah. Dan, adapun makna daripada keseluruhan 3000 nama ini terhimpun di dalam 3 nama-nama Allah iaitu Allah, Arrahmaan dan Arrahiim yang termaktub pula di dalam kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi. Maka, barangsiapa mengajarkan dan mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi umpama ia menyebutkan keseluruhan 3000 nama-nama Allah. Adapun sesungguhnya kalimah Bismillaahir rahmaanir rahiimi itu ada sembilanbelas huruf dan Malaikat-Malaikat penjaga Neraka itu juga ada sembilanbelas. Maka, barangsiapa membaca Bismillaahir rahmaanir rahiimi dengan penuh ikhlas dan yakin kepada Allah, nescaya terhindarlaj dia daripada siksaan Malaikat Zabbaniah.
10.Dan, barangsiapa mengucapkan Bismillaahir rahmaanir rahiimi banyak-banyak dengan harapan mendapat rezeki, nescaya akan diberikan Allah rezeki dengan mudah dan tidak terduga olehnya. Serta, diberi kurnia kehebatan di hati manusia dan di sisi alam yang tinggi ( yakni Malaikat ) dan alam yang rendah ( yakni manusia dan lain-lain makhluk Allah di mukabumi ).
Jawaban Ahlus Sunnah Terhadap Persoalan Di Mana Allah?
Saya akan menjelaskan salah satu aqidah Ahlus Sunnah Wal Jama'ah, yang telah hilang dari dada sebahagian kaum muslimin, iaitu: tentang istiwaa Allah di atas Arsy-Nya yang sesuai dengan Kebesaran dan Kemuliaan-Nya. Sehingga bila kita bertanya kepada saudara kita; Dimana Allah? Kita akan mendapat dua jawaban yang bathil bahkan sebagiannya kufur:
- Allah ada pada diri kita ini! Benarkah?
- Allah dimana-mana di segala tempat! Benarkah?
"Beliau bertanya kepadanya: "Di manakah Allah? Jawab budak perempuan: "Di atas langit. Beliau bertanya (lagi): "Siapakah Aku?" Jawab budak itu: "Engkau adalah Rasulullah". Beliau bersabda: "Merdekakan ia! Karena sesungguhnya ia mu'minah (seorang perempuan yang beriman)." Hadits shahih, dikeluarkan oleh Jama'ah ahli hadits, diantaranya:
- Imam Malik (Tanwirul Hawaalik syarah Al-Muwath-tho juz 3 halaman 5-6).
- Imam Muslim (2/70-71)
- Imam Abu Dawud (No. 930-931)
- Imam Nasa'i (3/13-14)
- Imam Ahmad (5/447, 448-449)
- Imam Daarimi 91/353-354)
- Ath-Thayaalis di Musnadnya (No. 1105)
- Imam Ibnul Jaarud di Kitabnya "Al-Muntaqa" (No. 212)
- Imam Baihaqy di Kitabnya "Sunanul Kubra" (2/249-250)
- Imam Ibnu Khuzaimah -Imamnya para Imam- di Kitabnya "Tauhid" (hal. 121-122)
- Imam Ibnu Abi 'Aashim di Kitab As-Sunnah (No. 489 di takhrij oleh ahli hadits besar Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
- Imam Utsman bin Sa'id Ad-Daarimi di Kitabnya "Ar-Raddu 'Alal Jahmiyyah" (No. 60,61,62 halaman 38-39 cetakan darus Salafiyah).
- Imam Al-Laalikai di Kitabnya "As-Sunnah " (No. 652).
Hadist ini merupakan cemeti dan petir yang menyambar di kepala dan telinga ahlul bid'ah dari kaum Jahmiyyah dan Mu'tazilah dan yang sefaham dengan mereka, iaitu; dari kaum yang menyandarkan aqidah mereka kepada Imam Abul Hasan Ali bin Ismail Al-Asy'ary, iaitu; mereka mempunyai i'tiqad (berpendapat) :
"ALLAH BERADA DI TIAP-TIAP TEMPAT ATAU ALLAH BERADA DIMANA-MANA. "
Jawablah kepada mereka dengan firman Allah 'Azza wa Jalla:
"Maha suci Engkau! ini adalah satu dusta yang sangat besar" (An-Nur: 16)
"Maha suci Allah dari apa-apa yang mereka sifatkan " (Al-Mu'minun: 91)
"Maha Suci Dia! Dan Maha Tinggi dari apa-apa yang mereka katakan dengan ketinggian yang besar". (Al-Isra: 43)
Berkata Imam Adz-Dzahabi, setelah membawakan hadits ini, di kitabnya "Al-Uluw" (hal: 81 diringkas oleh Muhammad Nashiruddin Al-Albani).
"Dan demikian ra'yu kami (setuju dengan hadits) setiap orang yang ditanya:
Lafadz 'As-Samaa" menurut lughoh/bahasa Arab ertinya: Setiap yang tinggi dan berada di atas. Berkata Az-Zujaaj (seorang Imam ahli bahasa):
"(Lafadz) As-Samaa/langit di dalam bahasa dikatakan: Bagi tiap-tiap yang tinggi dan berada di atas. Dikatakan: atap rumah langit-langit rumah". Dinamakan "Awan" itu langit/As-Samaa, karena ia berada di atas manusia. Firman Allah 'Azza wa Jalla.
Ertinya:
"Dan Ia turunkan dari langit Air (hujan)" (Al-Baqarah: 22). Ada pun huruf "Fii" dalam lafadz hadits "Fiis-Samaa" bermakna " 'Alaa" seperti firman Allah 'Azza wa Jalla:
"Maka berjalanlah kamu di atas/di muka bumi" (At-Taubah: 2)
"Mereka tersesat di muka bumi" (Al-Maa'idah: 26)
Firman Allah 'Azza wa Jalla:
Ertinya:
"Tidak ada sesuatu pun yang sama dengan-Nya, dan Dia-lah yang Maha Mendengar (dan) Maha Melihat". (As-Syura: 4)
"Ar-Rahman di atas 'Arsy Ia istiwaa (bersemayam) ". (Thaha: 5)
Mereka tidak menta'wil ISTIWAA/ISTAWAA dengan ISTAWLA yang ertinya:
Ertinya:
"Ar-Rahman di atas 'Arsy Ia istawaa" (Thaha: 5)
"Kemudian Ia istawaa (bersemayam) di atas 'Arsy".
Pada enam tempat. Ia berfirman di kitab-Nya yaitu:
- Surat Al-A'raf ayat 54
- Surat Yunus ayat 3
- Surat Ar-Ra'du ayat 2
- Surat Al-Furqaan ayat 59
- Surat As-Sajdah ayat 4
- Surat Al-Hadid ayat 4
"Dan berhentilah kapal (Nuh) di atas gunung/bukit Judi" (Hud: 44).
Di ayat ini fi'il "istawaa" dimuta'addikan oleh huruf 'Ala yang tidak dapat dipahami dan diertikan kecuali kapal Nabi Nuh AS secara muktamad betul-betul berlabuh/berhenti di atas gunung Judi. Dapatkah kita ertikan bahawa "Kapal Nabi Nuh menguasai gunung Judi" yakni menta'wil lafadz "istawat" dengan lafadz "istawlat" yang berada di tempat yang lain bukan di atas gunung Judi? (yang sama dengan ayat di atas, baca surat Az-Zukhruf: 13).
Berkata imam Mujahid (seorang Tabi'in besar murid Ibnu Abbas).
"Ia istawaa (bersemayam) di atas "Arsy" maknanya:
"Ia berada tinggi di atas "Arsy" (Riwayat Imam Bukhari di sahihnya Juz 8 hal: 175)
Artinya:
"Kami beriman dengan khabar dari Allah Jalla wa A'laa (yang Maha Besar dan Maha tinggi) sesungguhnya pencipta kami (Allah) Ia istiwaa di atas 'Arsy-Nya. Kami tidak akan mengganti/mengubah Kalam (firman) Allah dan kami tidak akan mengucapkan perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada kami sebagaimana (kaum) Jahmiyyah yang menghilangkan sifat-sifat Allah, dengan mengatakan "Sesungguhnya Ia (Allah) istawla (menguasai) 'Arsy-Nya tidak istawaa!" Maka mereka telah mengganti perkataan yang tidak pernah dikatakan (Allah) kepada mereka seperti perbuatan Yahudi tatkala mereka diperintah mengucapkan: "Hith-thatun (ampunkanlah dosa-dosa kami)" Tetapi mereka mengucapkan: "Hinthah (gandum)?" Mereka (kaum Yahudi) telah menyalahi perintah Allah yang Maha Besar dan Maha tinggi, begitu pula dengan (kaum) Jahmiyyah.”
Yakni, Allah telah menegaskan pada tujuh tempat di kitab-Nya yang mulia, bahwa Ia istiwaa di atas 'Arsy-Nya (Dzat Allah istiwaa/bersemayam di atas 'Arsy-Nya yang sesuai dengan kebesaran-Nya, sedangkan ilmu-Nya berada dimana-mana/ tiap-tiap tempat tidak satupun tersembunyi dari pengetahuan- Nya). Kemudian datanglah kaum Jahmiyyah mengubah firman Allah istawaa dengan istawla yakni menguasai 'Arsy sedangkan Dzat Allah berada dimana-mana/ tiap-tiap tempat!. Maha Suci Allah dari apa-apa yang disifatkan kaum Jahmiyyah!
Adapun madzhab Salaf, mereka telah beriman dengan menetapkan (istbat) sesungguhnya Allah Azza wa Jalla istiwaa-dan bukan istawla-di atas 'Arsy-Nya tanpa:
- Tahrif yakni; Merubah lafadz atau artinya
- Ta'wil yakni; Memalingkan dari arti yang zhahir kepada arti yang lain.
- Ta'thil yakni; Meniadakan/menghila ngkan sifat-sifat Allah baik sebagian maupun secara keseluruhannya.
- Tasybih yakni; Menyerupakan Allah dengan mahluk.
- Takyif yakni; Bertanya dengan pertanyaan: Bagaimana (caranya)?
"Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy? Beliau menjawab:
"Istiwaa itu bukanlah sesuatu yang tidak dikenal (yakni telah kita ketahui artinya), tetapi bagaimana caranya (Allah istiwaa) tidaklah dapat diketahui, sedang iman dengannya (bahwa Allah istiwaa) wajib, tetapi memberitahu tentangnya (bagaimana caranya) adalah bid'ah". (Fatwa Hamawiyyah Kubra hal: 45-46)
Perhatikan!
- 'Arsy adalah mahluk Allah yang paling tinggi berada di atas tujuh langit dan sangat besar sekali sebagaimana diterangkan Ibnu Abbas:
"Dan 'Arsy tidak seorangpun dapat mengukur berapa besarnya". Berkata Imam Dzahabi di dalam kitabnya "Al-Uluw" (hal : 102): rawi-rawinya tsiqaat (terpercaya) .
Muhammad Nashiruddin Al-Albani mengatakan: Sanadnya shahih semua riwayatnya tsiqaat. (dikeluarkan oleh Imam ibnu Khuzaimah di dalam kitabnya "At-Tauhid") .
- Bahawa Allah 'Azza wa Jalla-istiwaa- Nya di atas 'Arsy-tidak tergantung kepada 'Arsy. Bahkan sekalian mahluk termasuk 'Arsy bergantung kepada Allah Azza wa Jalla.
Ertinya:
"Sesungguhnya Allah Maha Kaya dari sekalian alam" (Al-Ankabut: 6) Yakni: “Allah tidak berkeperluan kepada sekalian mahluk".
- Penunjukan beberapa dalil dari Al-Qur'an dan Hadits yang Shahih
Ertinya:
"Apakah kamu merasa aman terhadap DZAT yang di atas langit, bahawa Ia akan menenggelamkan ke dalam bumi, maka tiba-tiba ia (bumi) bergoncang?" (Al-Mulk: 16)
"Ataukah kamu (memang) merasa aman terhadap DZAT yang di atas langit bahawa Ia akan mengirim kepada kamu angin yang mengandung batu kerikil?
Ertinya:
"Bukankah Ia telah memberitahukan kepada kita-wahai orang yang berakal- iaitu; apa yang ada diantara keduanya sesungguhnya Ia di atas langit".
Berkata Imam Abul Hasan Al-Asy'ary di kitabnya "Al-Ibanah Fi Ushulid-diayaanah hal: 4 setelah membawakan ayat di atas: "Di atas langit-langit itu adalah 'Arsy, maka tatkala 'Arsy berada di atas langit-langit. Ia berfirman:
Saya berpandangan (Abdul Hakim bin Amir Abdat): Dua ayat di atas sangat tegas sekali yang tidak dapat dibantah dan ta'wil bahwa lafadz "MAN" tidak mungkin difahami selain dari Allah 'Azza wa Jalla. Bukan Malaikat-Nya sebagaimana dikatakan oleh kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengannya, yang telah merubah firman Allah 'Azza wa Jalla. Bukankah dlamir (kata ganti) pada fi'il (kata kerja) "yakhtsif" (Ia menenggelamkan) dan "yartsil" (Ia mengirim) adalah "huwa" (Dia)? siapakah Dia itu kalau bukan Allah 'Azza wa Jalla.
Firman Allah:
Ertinya:
"Mereka (para Malaikat) takut kepada Tuhan mereka yang berada di atas mereka, dan mereka mengerjakan apa-apa yang diperintahkan" . (An-Nahl: 50).
Berkata Imam Ibnu Khuzaimah di dalam kitabnya "At-Tauhid" (hal: 111):
Ertinya:
"Dan Dialah (Allah) yang Maha Kuasa di atas hamba-hamba- Nya". (Al-An'am: 18 & 61).
Berkata Imam Ibnu Khuzaimah di dalam kitabnya tersebut: "Tidakkah kalian mendengar wahai penuntut ilmu. Firman-Nya Subhanahu wa Ta'ala kepada Isa bin Maryam:
Ertinya:
"Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dan mengangkatmu kepada-Ku" (Ali Imran: 55)
Ibnu Khuzaimah menerangkan: Bukankah "mengangkat" sesuatu itu dari bawah ke atas (ke tempat yang tinggi) tidak dari atas ke bawah!. Dan firman Allah 'Azza wa Jalla:
Ertinya:
"Tetapi Allah telah mengangkat dia (yakni Nabi Isa) kepada-Nya" (An-Nisa’: 158).
Karana "Ar-raf'ah" = mengangkat dalam bahasa Arab yang dengan bahasa mereka kita diajas berbicara (yakni Al-Qur'an) dalam bahasa Arab yang hanya dapat diartikan dari bawah ke tempat yang tinggi dan di atas" (kitab At-Tauhid: 111).
Sekarang dengarlah wahai orang yang berakal, kisah Fir'aun bersama Nabi Allah Musa 'Alaihis Salam di dalam kitab-Nya yang mulia, dimana Fir'aun telah mendustakan Musa yang telah mengabarkan kepadanya bahwa Tuhannya Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas langit:
"Dan berkata Fir'aun: Hai Haman! Buatkanlah untukku satu bangunan yang tinggi supaya aku (dapat) mencapai jalan-jalan. (Yaitu) jalan-jalan menuju ke langit supaya aku dapat melihat Tuhan (nya) Musa, karana sesungguhnya aku mengira dia itu telah berdusta". (Al-Mu'min: 36-37. Al-Qashash: 3.
Perhatikanlah wahai orang yang berakal! Perintah Fir'aun kepada Haman-menterinya- untuk membuatkan satu bangunan yang tinggi supaya ia dapat jalan ke langit untuk melihat Tuhannya Musa. Hal ini menunjukkan bahwa Nabi Musa telah memberitahukan kepadanya bahwa Tuhannya-Allah Subhanahu wa Ta'ala-berada di atas langit-.
Kalau tidak demikian, yakni misalnya Nabi Musa mengatakan bahwa Tuhannya ada dimana-mana tempat-sebagaimana dikatakan kaum Jahmiyyah-tentu Fir'aun yang disebabkan karena kekafirannya dan pengakuannya sebagai Tuhan, akan mengerahkan bala tentaranya untuk mencari Tuhannya Musa di istananya, di rumah-rumah Bani Israil, di pasar-pasar dan di seluruh tempat di timur dan di barat. Tetapi tatkala Nabi Musa dengan perkataannya: "Sesungguhnya aku mengira dia ini berdusta!". Yakni tentang perkataan Musa bahwa Tuhannya di atas langit.
Perhatikanlah, wahai orang yang berakal! Keadaan Fir'aun yang mendustakan Nabi Musa dengan kaum Jahmiyyah dan yang sepaham dengan mereka yang telah merubah firman Allah dengan mengatakan: Allah ada di segala tempat! Ketahuilah! Bahwa pemahaman di atas bukanlah hasil dari pikiran saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) tetapi pemahaman Ulama-ulama kita diantaranya:
- Imam Ibnu Khuzaimah di dalam kitabnya "At-Tauhid" (hal: 114-115) di antara keterangannya: "Perkataan Fir'aun (sesungguhnya aku menyangka/mengira ia termasuk dari orang-orang yang berdusta) terdapat dalil bahwa Musa telah memberitahukan kepada Fir'aun: "Bahawa Tuhannya Yang Maha Besar dan Maha Tinggi berada di tempat yang tinggi dan di atas"
- Berkata Imam Al-Asy'ary setelah membawakan ayat di atas: "Fir'aun telah mendustakan Musa tentang perkataannya: Sesungguhnya Allah di atas langit" (Al-Ibanah :4)
- Berkata Imam Ad-Daarimi di kitabnya "Raddu 'Alal Jahmiyyah hal: 37 Setelah membawakan ayat di atas: " Di dalam ayat ini terdapat keterangan yang sangat jelas dan dalil yang nyata, bahawa Musa telah mengajak Fir'aun mengenal Allah bahwa Ia berada di atas langit. Oleh karena itu Fir'aun memerintahkan membuat bangunan yang tinggi."
- Berkata Syaikhul Islam Al-Imam As-Shaabuny di kitabnya "Itiqad Ahlus Sunnah wa Ashabul Hadits wal A'imah " (hal: 15): "Bahwasanya Fir'aun mengatakan demikian (yakni menuduh Musa berdusta) karena ia telah mendengar Musa AS menerangkan bahwa Tuhannya berada di atas langit. Tidakkah engkau perhatikan perkataannya: "Sesungguhnya aku mengira dia itu berdusta" yakni tentang perkataan Musa: Sesungguhnya di atas langit ada Tuhan".
- Imam Abu Abdillah Haarits bin Ismail Al-Muhaasiby diantara keterangannya: "Berkata Fir'aun: (Sesungguhnya aku mengira dia itu berdusta) tentang apa yang ia (Musa) katakan kepadaku: Sesungguhnya Tuhannya berada di atas langit". Kemudian beliau menerangkan: "Kalau sekiranya Musa mengatakan: "Sesungguhnya Allah berada di tiap-tiap tempat dengan Dzatnya, nisacaya Fir'aun akan mencari di rumahnya, atau di hadapannya atau ia merasakannya, -Maha Tinggi Allah dari yang demikian- tentu Fir'aun tidak akan menyusahkan dirinya membuat bangunan yang tinggi". (Fatwa Hamawiyyah Kubra: 73).
- Berkata Imam Ibnu Abdil Bar: "Maka (ayat ini) menunjukan sesungguhnya Musa mengatakan (kepada Fir'aun): "Tuhanku di atas langit! sedangkan Fir'aun menuduhnya berdusta." (Rujuk Ijtimaaul Juyusy Al-Islamiyyah hal: 80).
- Berkata Imam Al-Waasithi di kitabnya "An-Nahihah fi Shifatir Rabbi Jalla wa 'Alaa" (hal: 23 cetakan ke-3 th 1982 Maktab Al-Islamy): "Dan ini menunjukkan bahwa Musa telah mengabarkan kepadanya bahwa Tuhannya yang Maha Tinggi berada di atas langit. Oleh karena itu Fir'aun berkata: "Sesungguhnya aku mengira dia ini berdusta". Demikianlah penjelasan dari tujuh Imam besar di dalam Islam tentang ayat di atas, selain masih banyak lagi yang kesimpulannya: "Bahwa mendustakan Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas langit di atas 'Arsy-Nya, Ia istiwaa (bersemayam) yang sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya, adalah; sunnahnya Fir'aun". Na'udzu billah!
- Sampai disini perbahasan beberapa dalil dari kitab Allah -salain masih banyak lagi- yang cukup untuk diambil pelajaran bagi mereka yang ingin mempelajarinya. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Ambillah pelajaran wahai orang-orang yang mempunyai pandangan!" (Al-Hasyr: 2).
Nabi kita SAW telah bersabda:
"Orang-orang yang penyayang, mereka itu akan disayang oleh Allah Tabaaraka wa Ta'ala (Yang Maha berkat dan Maha Tinggi). Oleh karena itu sayangilah orang-orang yang di muka bumi, niscaya Dzat yang di atas langit akan menyayangi kamu." (Shahih, Diriwayatkan oleh Imam-imam: Abu Dawud No. 4941. Ahmad 2/160. Hakim 4/159. dari jalan Abdullah bin 'Amr bin 'Ash. Hadits ini telah dishahihkan oleh Imam Hakim dan telah pula disetujui oleh Imam Dzahabi. Demikian juga Al-Albani telah menyatakan hadits ini shahih melalui kitabnya "Silsilah Shahihah No. 925"
"Barangsiapa yang tidak menyayangi orang yang di muka bumi, niscaya tidak akan disayang oleh Dzat yang di atas langit". (Shahih, diriwayatkan oleh Imam at-Thabrani di dalam kitabnya "Mu'jam Kabir No. 2497 dari jalan Jarir bin Abdullah. Imam Dzahabi di dalam kitabnya "Al-Uluw" hal: 83, diringkaskan oleh Al-Albani) mengatakan: Rawi-rawinya tsiqaat/terpercayaa n).
"Tidakkah kamu merasa aman kepadaku padahal aku orang kepercayaan Dzat yang di atas langit, datang kepadaku berita (wahyu) dari langit di waktu pagi dan petang". (Shahih, diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim 3/111 dan Ahmad 3/4 dari jalan Abu Sa'id Al-Khudry).
"Demi Allah yang jiwaku ada di tangan-Nya! Tidak seorang suamipun yang mengajak isterinya ke tempat tidurnya (bersenggama) , lalu sang isteri menolaknya, melainkan Dzat yang di atas langit murka kepadanya sampai suaminya redha kepadanya ".(Shahih, diriwayatkan oleh Imam Muslim 4/157 dari jalan Abu Hurarirah).
Keterangan:
"Dzat yang di atas langit yakni Allah 'Azza wa Jalla (perhatikan empat hadits diatas)."
"Sabda Nabi SAW: "Kemudian NAIK Malaikat-malaikat yang bermalam" Menunjukan bahwa Pencipta itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas. Hal ini juga menunjukkan betapa rosaknya fikiran dan fitrahnya kaum Jahmiyyah yang mengatakan Pencipta kita, tidak berada di atas tetapi di segala tempat? Maha Suci Allah! Dan Maha Tinggi Allah dari segala ucapan kaum Jahmiyyah dan yang sepafaman dengan mereka!
"Jabir bin Abdullah telah meriwayatkan tentang sifat haji Nabi dalam satu hadits yang panjang yang didalamnya diterangkan khutbah Nabi SAW di padang 'Arafah: "(Jabir menerangkan) : Lalu Nabi SAW mengangkat jari telunjuknya ke arah langit, kemudian beliau tunjukkan jarinya itu kepada manusia, (kemudian beliau berdo'a): "Ya Allah saksikanlah! Ya Allah saksikanlah! (Riwayat Imam Muslim 4/41).
Sungguh hadits ini merupakan tamparan yang pedas di muka-muka kaum Ahlul Bid'ah yang selalu melarang kaum muslimin berisyarat dengan jarinya ke arah langit. Mereka berkata: Kami khawatir orang-orang akan mempunyai i'tiqad bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala berada di atas langit! Padahal Allah tidak bertempat tetapi Ia berada di segala tempat!
Demikianlah kekhuwatiran yang dimaksudkan syaitan ke dalam hati ketua-ketua mereka. Yang pada hakekatnya mereka ini telah membodohi Nabi SAW yang telah mengisyaratkan jari beliau ke arah langit. Perhatikanlah perkataan mereka: "Allah tidak bertempat tetapi Ia berada di segala tempat !?"
Perhatikanlah! Adakah akal yang shahih dan fitrah yang bersih dapat menerima dan mengetahui perkataan di atas!
Mereka mengatakan Allah tidak bertempat karena akan menyerupai dengan mahluk-Nya. Tetapi pada saat yang sama mereka tetapkan bahwa Allah berada di segala tempat atau di mana-mana tempat! Ya Subhanallah!
"Dari Ibnu Abbas (ia berkata): "Bahwa Rasulullah SAW berkhutbah kepada manusia pada hari Nahr (tgl. 10 Zulhijah)-kemudian Ibnu Abbas menyebutkan khutbah Nabi SAW-kemudian beliau mengangkat kepalanya (ke langit) sambil mengucapkan: Ya Allah bukankah Aku telah menyampaikan! Ya Allah bukankah aku telah menyampaikan! (Riwayat Imam Bukhari Juz 2 hal: 191).
Perhatikan wahai orang yang berakal! Perbuatan Rasulullah SAW mengangkat kepalanya ke langit mengucapkan: Ya Allah!
Rasulullah SAW menyeru kepada Tuhannya Allah Subhanahu wa Ta'ala yang berada di atas langit yakni di atas 'Arsy di atas sekalian mahluk-Nya. Kemudian perhatikanlah kaum Jahmiyyah yang mengatakan Allah ada di segala tempat, di bawah mahluk, di jalan-jalan, di tempat-tempat yang kotor, dan di perut-perut hewan!
Maha Suci Allah! Maha Suci Allah dari apa yang disifatkan oleh kaum Jahmiyyah dan yang sama dengan mereka.
Ertinya:
"Dari Aisyah, ia berkata: "Nabi SAW mengangkat kepalanya ke langit. (Riwayat Imam Bukhari 7/122).
Keterangan Para Sahabat Nabi SAW, dan Ulama-Ulama Islam:
Adapun keterangan dari para sahabat Nabi SAW, dan Imam-imam kita serta para Ulama dalam masalah ini sangat banyak sekali, yang tidak mungkin kami turunkan satu persatu dalam risalah kecil ini, kecuali beberapa diantaranya.
Umar bin Khatab pernah mengatakan:
Ertinya:
"Hanyasanya segala urusan itu (datang/keputusanny a) dari sini". Sambil Umar mengisyaratkan tangannya ke langit " [Imam Dzahabi di dalam kitabnya "Al-Uluw" hal: 103. mengatakan: Sanadnya seperti Matahari (yakni terang benderang keshahihannya) ].
Ibnu Mas'ud berkata:
Riwayat ini shahih dikeluarkan oleh Imam Thabrani di kitabnya "Al-Mu'jam Kabir" No. 8987. dan lain-lain Imam.
Imam Dzahabi di kitabnya "Al-Uluw" hal: 103, berkata: sanadnya shahih,dan Muhammad Nashiruddin Al-Albani menyetujuinya (beliau meringkas dan mentakhrij hadits ini di kitab Al-Uluw).
Tentang 'Arsy Allah di atas air ada firman Allah 'Azza wa Jalla. "Dan adalah 'Arsy-Nya itu di atas air" (Hud: 7)
Anas bin Malik menerangkan:
Ertinya:
"Adalah Zainab memegahkan dirinya atas isteri-isteri Nabi SAW, ia berkata: "Yang mengawinkan kamu (dengan Nabi) adalah keluarga kamu, tetapi yang mengawinkan aku (dengan Nabi) adalah Allah Ta'ala dari ATAS TUJUH LANGIT".
Dalam satu lafadz Zainab binti Jahsyin mengatakan:
"Sesungguhnya Allah telah menikahkan aku (dengan Nabi) dari atas langit". (Riwayat Bukhari juz 8 hal: 176). Yakni perkawinan Nabi SAW dengan Zainab binti Jahsyin langsung Allah Ta'ala yang menikahinya dari atas 'Arsy-Nya.
Firman Allah di dalam surat Al-Ahzab: 37, "Kami kawinkan engkau dengannya (yakni Zainab)".
"Barangsiapa yang mengingkari sesungguhnya Allah berada di atas langit, maka sesungguhnya ia telah kafir."
Adapun terhadap orang yang tawaqquf (diam) dengan mengatakan, "aku tidak tahu apakah Tuhanku di langit atau di bumi." Berkata Imam Abu Hanifah: "Sesungguhnya dia telah 'Kafir!"
Karana Allah telah berfirman: "Ar-Rahman di atas 'Arsy Ia istiwaa". Yakni: Abu Hanifah telah mengkafirkan orang yang mengingkari atau tidak tahu bahwa Allah istiwaa diatas 'Arsy-Nya.
Imam Malik bin Anas telah berkata:
"Allah berada di atas langit, sedangkan ilmunya di tiap-tiap tempat, tidak tersembunyi sesuatupun dari-Nya."
Imam Asy-Syafi'iy telah berkata:
Ertinya:
"Dan sesungguhnya Allah di atas 'Arsy-Nya di atas langit-Nya"
Imam Ahmad bin Hambal pernah di tanya: "Allah di atas tujuh langit diatas 'Arsy-Nya, sedangkan kekuasaan-Nya dan ilmu-Nya berada di tiap-tiap tempat?
Jawab Imam Ahmad:
Ertinya:
"Benar! Allah di atas 'Arsy-Nya dan tidak sesuatupun yang tersembunyi dari pengetahuan- nya."
Imam Tirmidzi telah berkata:
"Telah berkata ahli ilmu: "Dan Ia (Allah) di atas 'Arsy sebagaimana Ia telah sifatkan diri-Nya". (Rujuk: "Al-Uluw oleh Imam Dzahabi yang diringkas oleh Muhammad Nashiruddin Al-Albani di hal: 137, 140, 179, 188, 189 dan 218. Fatwa Hamawiyyah Kubra oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah hal: 51, 52, 53, 54 dan 57).
Telah berkata Syaikhul Islam Imam Abdul Qadir Jailani-diantara perkataannya- :
"Tidak boleh mensifatkan- Nya bahwa Ia berada diatas tiap-tiap tempat, bahkan (wajib) mengatakan: Sesungguhnya Ia di atas langit (yakni) di atas 'Arsy sebagaimana Ia telah berfirman: "Ar-Rahman di atas 'Arsy Ia istiwaa (Thaha: 5). Dan patutlah memutlakkan sifat istiwaa tanpa ta'wil sesungguhnya Ia istiwaa dengan Dzat-Nya di atas 'Arsy. Dan keadaan-Nya di atas 'Arsy telah tersebut pada tiap-tiap kitab yang. Ia turunkan kepada tiap-tiap Nabi yang Ia utus tanpa (bertanya):" Bagaimana caranya Allah istiwaa di atas 'Arsy-Nya ?" (Fatwa Hamawiyyah Kubra hal: 87).
Yakni: Kita wajib beriman bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala istiwaa di atas 'Arsy-Nya yang menunjukkan bahwa Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas sekalian mahluk-Nya. Tetapi wajib bagi kita meniadakan pertanyaan:
Demikianlah aqidah salaf, salah satunya ialah Imam Abdul Qadir Jailani yang di Indonesia, di sembah-sembah dijadikan berhala oleh penyembah-penyembah kubur dan orang-orang bodoh. Kalau sekiranya Imam kita ini hidup pada zaman kita sekarang ini dan beliau melihat betapa banyaknya orang-orang yang menyembah dengan meminta-minta kepada beliau dengan "tawasul", tentu beliau akan mengingkari dengan sangat keras dan berlepas diri dari kaum musyrikin tersebut.
Inna lillahi wa innaa ilaihi raaji'un !!
Hadits Jariyah (budak perempuan) ini bersama hadits-hadits yang lain yang sangat banyak dan berpuluh-puluh ayat Al-Qur'an dengan tegas dan terang menyatakan: "Sesungguhnya Pencipta kita Allah 'Azza wa Jalla di atas langit yakni di atas 'Arsy-Nya, yang sesuai dengan kebesaran dan keagungan-Nya" . Maha Suci Allah dari menyerupai mahluk-Nya!
Dan Maha Suci Allah dari ta'wilnya kaum Jahmiyyah yang mengatakan Allah ada dimana-mana tempat.
Dapatlah kami simpulkan sebagai berikut:
- Sesungguhnya bertanya dengan pertanyaan: "Dimana Allah ?, disyariatkan dan penanya telah mengikuti Rasulullah SAW.
- Wajib menjawab: "Sesungguhnya Allah di atas langit atau di atas 'Arsy". Karena yang dimaksud di atas langit adalah di atas 'Arsy. Jawaban ini membuktikan keimanannya sebagai mu'min atau mu'minah. Sebagaimana Nabi SAW, telah menyatakan keimanan budak perempuan, karena jawabannya: Allah di atas langit!
- Wajib mengi'tiqadkan sesungguhnya Allah di atas langit, yakni di atas 'Arsy-Nya.
- Barangsiapa yang mengingkari wujud Allah di atas langit, maka sesungguhnya ia telah kafir.
- Barangsiapa yang tidak membolehkan bertanya: Dimana Allah? maka sesungguhnya ia telah menjadikan dirinya lebih pandai dari Rasulullah SAW, bahkan lebih pandai dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Na'udzu billah.
- Barangsiapa yang tidak menjawab: Sesungguhnya Allah di atas langit, maka bukanlah ia seorang mukmin atau mukminah.
- Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa bertanya:"Dimana Allah?" akan menyerupakan Allah dengan mahluk-nya, maka sesunguhnya ia telah menuduh Rasulullah SAW jahil/bodoh! Na'udzu billah!
- Barangsiapa yang mempunyai iti'qad bahwa Allah berada dimana-mana tempat, maka sesunguhnya ia telah kafir.
- Barangsiapa yang tidak mengetahui dimana Tuhannya, maka bukankah ia penyembah Allah 'Azza wa Jalla, tetapi ia menyembah kepada "sesuatu yang tidak ada".
- Ketahuilah! Bahwa sesunguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala di atas langit, yakni di atas 'Arsy-Nya di atas sekalian mahluk-Nya, telah setuju dengan dalil naqli dan aqli serta fitrah manusia. Adapun dalil naqli, telah datang berpuluh ayat Al-Qur'an dan hadits yang mencapai derajat mutawatir. Demikian juga keterangan Imam-imam dan Ulama-ulama Islam, bahkan telah terjadi ijma' diantara mereka kecuali kaum ahlul bid'ah. Sedangkan dalil aqli yang sederhanapun akan menolak jika dikatakan bahwa Allah berada di segala tempat! Adapun fitrah manusia, maka lihatlah jika manusia-baik muslim atau kafir-berdo' a khususnya apabila mereka terkena musibah, mereka angkat kepala-kepala mereka ke langit sambil mengucapkan 'Ya Tuhan! Manusia dengan fitrahnya mengetahui bahwa penciptanya berada di tempat yang tinggi, di atas sekalian mahluk-Nya yakni di atas 'Arsy-Nya. Bahkan fitrah ini terdapat juga pada hewan dan tidak ada yang mengingkari fitrah ini kecuali orang yang telah rosak fitrahnya.
Sebagian ikhwan telah bertanya kepada saya (Abdul Hakim bin Amir Abdat) tentang ayat:
Ertinya:
"Dan Dia-lah Allah di langit dan di bumi, Dia mengetahui rahsia kamu dan yang kamu nyatakan, dan Dia mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan." (Al-An'am: 3)
Saya jawab: Ahli tafsir telah sepakat sebagaimana dinukil Imam Ibnu Katsir mengingkari kaum Jahmiyyah yang membawakan ayat ini untuk mengatakan:
"Innahu Fii Qulli Makaan" "Sesungguhnya Ia (Allah) berada di tiap-tiap tempat!" Maha Suci Allah dari perkataan kaum Jahmiyyah ini!
- Dialah yang dipanggil (diseru/disebut) Allah di langit dan di bumi.
- Yakni: Dialah yang disembah dan ditauhidkan (diesakan) dan ditetapkan bagi-Nya Ilaahiyyah (Ketuhanan) oleh mahluk yang di langit dan mahluk yang di bumi, kecuali mereka yang kafir dari golongan Jin dan manusia. Ayat tersebut seperti juga firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
"Dan Dia-lah yang di langit (sebagai) Tuhan, dan di bumi (sebagai) Tuhan, dan Dia Maha Bijaksana (dan) Maha mengetahui". (Az-Zukhruf: 84) Yakni: Dia-lah Allah Tuhan bagi mahluk yang di langit dan bagi mahluk yang di bumi dan Ia disembah oleh penghuni keduanya. (Rujuk: Tafsir Ibnu Katsir Juz 2 hal 123 dan Juz 4 hal 136).
Bukanlah dua ayat di atas maksudnya: Allah ada di langit dan di bumi atau berada di segala tempat. Sebagaimana ta'wilnya kaum Jahmiyyah dan yang sepafaman dengan mereka. Atau perkataan orang-orang yang "diam" Tidak tahu Allah ada di mana.
Mereka selain telah menyalahi ayat-ayat Al-Qur'an dan Hadits Nabi serta keterangan para sahabat dan Imam-imam Islam seluruhnya, juga bodoh terhadap bahasa Arab yang dengan bahasa Arab yang terang Al-Quran ini diturunkan Allah Subhanahu wa Ta'ala.
Imam Abu Abdillah Al-Muhasiby dalam keterangan ayat di atas (Az-Zukhruf: 84) menerangkan: "Yakni Tuhan bagi penduduk langit dan Tuhan bagi penduduk bumi. Dan yang demikian terdapat di dalam bahasa, (umpamanya) engkau berkata: "Si Fulan penguasa di (negeri) Khirasan, dan di Balkh, dan di Samarqand", padahal ia berada di satu tempat". Yakni: Tidak bererti ia berada di tiga tempat meskipun ia menguasai ketiga negeri tersebut. Kalau dalam bahasa Indonesia, umpamanya kita berkata "Si Fulan penguasa di Jakarta, dan penguasa di Bogor, dan penguasa di Bandung". Sedangkan ia berada di satu tempat.
Bagi Allah ada perumpamaan/ misal yang lebih tinggi (Rujuk: Fatwa Hamawiyyah Kubra hal: 73)
Adapun orang yang "diam" (tawaqquf) dengan mengatakan: "Kami tidak tahu Dzat Allah di atas 'Arsy atau di bumi", mereka ini adalah orang-orang yang telah memelihara kebodohan! Allah Rabbul 'Alamin telah sifatkan diri-Nya dengan sifat-sifat ini, yang salah satunya bahwa Ia istiwaa (bersemayam) di atas 'Arsy-Nya supaya kita mengetahui dan menetapkannya. Oleh karena itu "diam" darinya dengan ucapan "kita tidak tahu" nyata telah berpaling dari maksud Allah. Pantaslah kalau Abu Hanifah mengkafirkan orang yang berfahaman demikian, sama seperti orang yang menta'wilnya.
Doa-doa
|