Thursday, July 26, 2007

5 cara pilih sahabat

5 cara pilih sahabat
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

HAMKA

Hamka: Hilangnya seorang tokoh ilmuan Islam
Zaini Hashimi
Wed | Jul 25, 07 | 11:33:03 AM


Semalam (24 Julai 2007) adalah tarikh memperingati kepulangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau lebih dikenal sebagai Hamka) ke rahmatullah setelah beberapa hari berada di hospital kerana sakit tua.

Almarhum lahir pada tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat (Sumbar) dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, adalah sastrawan Indonesia, sekaligus tokoh ulama dan aktivis politik.

Almarhum juga diberi gelaran Buya, iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang bererti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Pendidikan dan kerjaya dalam bidang dakwah di Nusantara
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.

ImageDi situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang disampaikan ulama tempatan terkenal pada waktu itu seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka memulakan kerjaya sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Kemudian dilantik sebagai dekan di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.

Setelah itu, almarhum diangkat menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam di Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang tokoh dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik politik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama’ dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal.

Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti.

Almarhum juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Almarhum juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang.

Bermula pada tahun 1928, beliau mengetuai cawangan Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar.

Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan.

Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955.

Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjara oleh Presiden Sukarno kerena dituduh pro-Malaysia.

Hasilkan pelbagai karya besar
Semasa dalam tahanan penjara, beliau telah mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.

Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Sepanjang terlibat dalam kerjaya sebagai seorang ulama/sajana/ tokoh ilmuan Islam, al-marhum Hamka telah menubuhkan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka atau singkatannya (UHAMKA) yang merupakan pengembangan (Konversi) dari IKIP Muhammadiyah Jakarta yang didirikan pada 25 Rabiul Awwal 1377 H bertepatan dengan 18 November 1957.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura. - mks.

Nasihat Mufti

Nasihat Mufti kepada semua umat Islam Malaysia.... Parahnya BangsaKU
Permasalahan umat Islam di negara ini semakin meruncing dan menghadapi pelbagai tekanan dari segenap penjuru. Golongan bukan Islam semakin berani mencampuri urusan umat Islam. Malahan yang bergelar Islam yang rapuh pengetahuan agamanya, turut mengancam Islam.

Walaupun kesibukan dengan temu janji tugasan, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria berkesempatan membicarakan isu ini. Ikuti temubual wartawan Harakah Nyza Ayob dan Azamin Amin di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzwan, Ipoh baru-baru ini.

Pada pandangan Dato' bagaimanakah situasi dan keadaan umat Islam di Malaysia pada masa ini?

Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang mnghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma, budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah.

Sekularisma pada asalnya untuk mencengkam ekonomi dari Barat. Tapi bagi umum ia merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual.

Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din.

Dalam Islam, ibadat itu merupakan asas kepada budaya. Budaya Islam terbentuk atas lima asas. Pertama dengan mengucap dua kalimah syahadah iaitu membina persaudaraan. Yang kedua sembahyang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Puasa untuk melahirkan kasih sayang dan belas ihsan. Zakat untuk membina sifat semangat pengorbanan dalam diri. Haji pula untuk penyatuan ummah.Maksud demokrasi Islam untuk memperkasakan usul yang lima iaitu agamanya, akalnya, keturunannya, jiwanya, hartanya dan maruahnya.

Islam meletakkan semua aspek kehidupan berlandaskan nilai agama. Bagaimana ia dapat diperkasakan dalam masyarakat?

Memperkasakan perkara ini mempunyai perkaitan hidup dengan manusia. Contohnya kita berinteraksi dengan manusia dalam hubungan biasa, pergaulan harian atau sosio ekonomi. Jika budaya tidak langsung diikat dengan akidah dan sistem syarak, maka budaya itu membawa kehancuran.

Bagaimanakah pula fahaman sekularisma yang telah sekian lama menular dalam masyarakat kita?

Sekularisma sudah menular dalam masyarakat Islam sehingga orang Islam sudah tidak menghiraukan soal halal haram. Contohnya berdasarkan kajian yang dibuat yang paling ramai ambil nombor ekor adalah orang Melayu. Begitu juga dengan minum arak. Perbelanjaan arak hampir 1 bilion dan semakin menular terhadap orang-orang Islam.

Kita lihat perselisihan yang paling ketara ialah sesama orang Melayu. Ia sampai ke institusi agama seperti masjid. Keadaan ini cukup merbahaya.

Kita lihat sekarang ini masyarakat kita terlalu taksub dengan hiburan

Saya berpandangan, apakah kita hendak menjadi pelakon yang menari di atas pentas untuk menghiburkan orang lain, sedangkan orang itu serius dalam hidupnya. Selama 48 tahun kita sudah merdeka, yang kita kejar tidak tercapai. dari segi ekonomi kita hanya memiliki 17 peratus sedangkan manusia makin laju.

Lebih ramai di kalangan kita terlampau seronok. Kita dilalaikan sehingga tidak sedarkan diri. Golongan belia kita diserang budaya hedonisma yang melahirkan golongan seperti 'black metal', 'skin head'. Ini merosakkan orang Islam.

Jika dilihat dahulu menggunakan nama Sure Heboh dan terdiri dari ramai belia. Tapi apabila ditukar pada Jom Heboh, lebih ramai golongan dewasa mengikutinya. Ditambah pula dengan program lain seperti Pesta Hurray.

Kita tidak belajar dengan apa yang terjadi pada tahun 1967 yang mana orang Arab disibukkan dengan bola. Israel masuk ke tanah Arab menjajah sehingga Senai jatuh ke tangan Israel. Begitu juga dengan Palestin. Ini berlaku kerana dilalaikan dengan bola. Cukup dengan tayangan bola dan tidak perlu tunggu bom hendak diletupkan. Negara tergadai, bangsa dihina, agama runtuh. Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada kita.

Sejauhmanakah fahaman liberalisme ini menular dalam masyarakat kita?

Islam liberal ini cuba memesongkan manusia. Liberalisme ini merupakan fahaman yang diciptakan Yahudi sejak 2000 tahun dahulu. Ia berkembang dan Barat yang terpengaruh dengan liberalisme ini maka agama sudah jauh ditinggalkan. Jalan paling senang ialah mendekati dan meracuni fikiran bijak pandai Islam dengan cara logik mereka. Kita lihat hari ini suara-suara dari golongan ini cukup kuat dan ada yang menafikan azab kubur.

Dari segi intelektual kita diserang oleh fahaman liberalisme. Semua ini memesongkan akidah membuatkan semua orang tidak percaya pada agama. Mengikut liberalisme agama ini harus ditafsirkan dengan fikiran.

Fahaman ini dipanggil hemunatik. Sekarang ini suara lantang kedengaran dari golongan liberalisme supaya Quran itu juga ditapis. Yang mana tidak relevan bagi mereka dibuang. Sedangkan Quran itu kitab Allah.

Allah mencipta manusia dan kita lihat ilmu Allah itu cukup sempurna. DIA mencipta manusia dan tahu kebangkitan manusia. DIA menciptakan segala keperluan yang diperlukan manusia. Hukum Quran ini telah menetapkan peraturan.

Apakah Allah itu tidak sempurna hinggakan memasukkan perkara yang tidak relevan dimasukkan dalam Quran. Sedangkan Nabi memberi jaminan Quran dan hukum-hukum Islam sesuai pada setiap waktu sehingga kiamat. Kewajipan kita ialah menyesuaikan apa jua kemajuan dengan syarak.

Bagaimanakah pula dengan fahaman pluralisma yang menjadi amalan dalam masyarakat kita?

Pluralisma dengan fahaman agama tujuannya baik tapi jalannya berlainan. Fahaman ini makin kuat dan diterapkan pada orang Islam. Kerana itu ada yang menjadikan perayaan agama sebagai acara nasional. Sedangkan perkara ini sudah jelas dalam Quran, Allah mengatakan agama itu Islam. Dan siapa yang mencari selain dari Islam tidak akan diterima dan akan kecewa di akhirat nanti.

Begitu juga usaha-usaha ini menular pada golongan bijak pandai dan kepimpinan Melayu. Mereka sudah berusaha menubuhkan IRC dan sekarang ini IFC sehingga diperluaskan melalui 'road show'. Jadi, umat Islam diserang di pelbagai peringkat.

Bagaimanakah pula pertelingkahan sesama Islam berkaitan ilmu agama?

Golongan yang sudah berumur dan pencen pula diserang dengan fahaman khilafiah . Mereka ini orang yang mempunyai ilmu Islam tetapi mendabik dada mengatakan orang dulu semuanya silap. Hinggakan imam-imam mujtahid juga dikatakan silap. Sedangkan Rasulullah dalam hadisnya mengatakan sesiapa yang berijtihad akan memperolehi dua pahala.

Mereka ini menghukumkan perkara ini bidaah, perkara itu bidaah dan semua amalan bidaah itu masuk neraka. Sehinggakan orang ramai menjadi keliru. Ada masjid dan surau menjadi kosong dan tidak lagi didatangi pengunjung kerana perbalahan.

Sehingga kini, bagaimanakah penyelesaian pada permasalahan yang melanda masyarakat Islam kita?

Berdasarkan statistik hingga awal Januari 75,000 yang majoritinya Melayu mengidap penyakit Aids. Kita masih bertengkar dan sibuk dengan soal perkahwinan seperti yang timbul, kahwin misyar.Jadi masa kita banyak dihabiskan untuk perbahasan masalah yang telah ditetapkan Allah.

Orang-orang Islam Melayu khususnya di negara ini diserang dalam lima penjuru yang cukup bahaya. Jadi apa yang tinggal di negara kita sekarang ini? Saya bersungguh-sungguh untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak-pihak tertentu supaya mempunyai kesedaran.

Alhamdulillah saya pernah mencabar di mana letaknya NGO-NGO Islam, mana persatuan-persatuan ulama, persatuan guru agama, persatuan masjid, khairat kebajikan Islam. Di mana mereka ini? Kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Islam?

Baru-baru ini Dato' melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO Islam Perak. Apa pandangan Dato' tentang usaha yang dijalankan oleh NGO ini?

Sambutan yang dibuat oleh NGO Islam baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik. Saya mengharapkan gerakan ini tidak hanya berkembang pada golongan bawahan tetapi berkembang pada golongan intelektual dan kepimpinan supaya dapat penerapan dengan sempurna.

Jika kita melihat sambutan pada malam pertama program itu kira-kira 6000 orang yang hadir, secara mentalitinya kita masih melihat masing-masing sering salah menyalah. Ada yang menyalahkan parti politik, ada yang menyalahkan kerajaan. Jika ini masih berlaku kita tidak dapat jalan penyelesaian.

Pada saya mesti berfikiran terbuka, melihat bahaya yang menimpa umat Islam dan harus bersatu. Kita tidak lagi tuduh menuduh sesama kita sebaliknya mencari jalan bagaimana mentarbiyah umat Islam ini supaya mereka sedar dan kembali pada agamanya. Ini untuk membina insan.

Rukun iman itu untuk membina insan. Kalau rukun iman dilaksanakan, mereka menjadi seoarng mukmin. Apabila individu yang beriman itu membentuk dirinya sebagai mukmin, maka akan lahirlah masyarakat mukmin. Kalau orang Islam melaksanakan rukun Islam iaitu ibadat zahir yang membentuk budaya, mereka bukan sahaja Islam tetapi muslim. Islam itu semuanya baik dan kita lahirkan manusia yang muhsin. Tiga tahap ini harus dicapai untuk kejayaan orang Islam.

Selagi kita tidak dapat membina dalam diri kita sifat mukmin dan tidak dapat membentuk muslim, dan kita membentuk diri kita sebagai yang sukar melakukan kebaikan, selama itu kita tidak akan berjaya. Perkara ini yang penting untuk kita lakukan.

Dalam kenyataan baru -baru ini Dato' ada mengatakan ada menerima sebuah surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa kira-kira 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian. Boleh Dato' terangkan lebih lanjut mengenai perkara ini

Dalam surat itu dinyatakan pihak berkuasa Islam zalim dan tidak adil kerana telah ada 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian tetapi tidak berani beribadat dan keluar ke gereja kerana ancaman yang dibuat oleh pemimpin Islam dan orang Islam.

Surat itu diterima dari satu badan Kristian di New York. Angka yang diberikan itu sama ada sebahagian atau sebenarnya melebihi dari dinyatakan. Pada pandangan saya, perkara ini telah lama dibangkitkan dari masa ke semasa tetapi tidak mendapat sambutan.

Maksud Dato', ada yang memeluk Kristian tapi berselindung dengan imej Islam?

Ya. Contohnya terjadi baru-baru ini. Seorang wartawan telah menelefon saya, meminta pandangan apa yang harus dilakukan berkaitan masalah yang dihadapinya. Beliau sewaktu itu berada di kampung.

Katanya seorang gadis dalam lingkungan 20-an telah lari dari rumah dan ke rumah wartawan tersebut untuk meminta perlindungan. Datang seorang polis membawa ayah gadis tersebut. Kata gadis tersebut, bapanya hendak memaksanya ke gereja untuk masuk Islam. Bapanya seorang Melayu.

Jadi, jika sampai begini keadaannya, ini cukup parah. Perkara ini berlaku di pedalaman. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin kerana kewangan. Saya mendapat tahu jika seseorang itu dapat membawa seorang masuk Kristian, dia akan dibayar oleh pihak gereja.

Kita lihat majlis agama sekarang ini seolah-olah sudah hilang semangat dalam memainkan peranannya. Di mana peranan majlis agama ini dalam menjalankan penguatkuasaannya?

Majlis Agama menjalankan penguatkuasaannya untuk undang-undang. Kita lihat campur tangan di kalangan orang kita sendiri. Seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Jabatan Agama bertindak menangkap mereka yang melakukan kesalahan di bawah enakmen.

Tapi kita lihat pemimpin dan peguam Melayu mengecam penguatkuasa bahkan nak dibebaskan orang yang melakukan kesalahan.

Hadis Nabi berbunyi; 'Bagaimana nanti satu ketika apabila sudah berlaku, bagaimana keadaan kamu. Orang ramai melihat yang mungkar itu baik, yang baik itu mungkar'.

Yang menangkap itu baik tapi yang melakukan perbuatan itu mungkar. Masyarakat membela yang mungkar. Keadaan ini yang berlaku sekarang.

Dato' dilihat lebih lantang dan tegas dalam isu yang melibatkan Islam berbanding mufti lain.

Bukan. Mufti-mufti lain apabila diajukan masalah ini meminta mereka berkenaan bercakap dengan saya. Jadi, jika saya tidak bercakap, siapa yang akan bercakap. Bukan kerana saya lantang. Selain itu memang tugas saya untuk menyampaikan yang benar.

Ini tugas saya sebagai mufti. Saya dilantik oleh sultan dengan amanah untuk saya mengatakan yang benar. Jadi saya takut pada Tuhan dan takut kepada raja. Sebab itu saya bercakap terus terang apa yang saya lihat tidak betul.

Kenapakah mufti lain tidak berani menegur?

Bukan tidak berani. Mereka menyerahkan kepada saya. Maknanya mereka juga berani. Saya yang menjadi jurucakap. Tetapi saya tidak mewakili sesiapa. Mudah-mudahan apa yang saya nyatakan mendatangkan kesan yang baik pada masyarakat.

Campur tangan bukan Islam pada hal- hal orang Islam.

Oleh kerana kita sudah lemah, kita bergaduh sesama kita, orang lain mengambil kesempatan. Sedangkan dari segi perlembagaan pun mereka tidak boleh campur tangan. Dari segi undang-undang menjadi kesalahan. Tetapi kerana kita sendiri sudah tidak tahu undang-undang dan sudah tidak prihatin pada agama, kita biarkan mereka.

Mereka ini pernahkah membela Islam? Sedangkan kita sudah tahu musuh Islam sampai bila tidak akan membela Islam. Macamana baiknya Islam mereka tidak pernah mengatakan baik.

Kalau kita bercakap pasal hudud, kita hanya bercakap sahaja. Tidakkah kita terfikir mereka ini menyekat perkembangan agama?

Link web menghina Islam

http://www.e- bacaan.com/ index.html
http://www.freewebt own.com/wisnumur ti/links. htm

RIBA

AMALAN RIBA' DALAM PERNIAGAAN DAN KESANNYA DALAM KEHIDUPAN

Sidang jumaat yang dirahmati Allah,

Pada hari yang penuh berkat ini,marilah kita bermahasabah diri meningkatkan ketakwaan kepada allah s.w.t.Kita tunaikan segala perintahya dan menjauhi segala larangannya. Jadilah orang yang bertakwa dimana sahaja kita berada, segala gerak-geri dan tindakan kita, mencerminkan diri kita sebagai orang yang bertakwa kepada allah s.w.t.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Perniagaan adalah satu pekerjaan yang mulia disisi allah s.w.t. Bahkan terdapat dikalangan para nabi yang terlibat dengan aktiviti perniagaan. Umpamanya nabi idris terlibat dengan jahitan. Nabi daud pula dengan pertukangan besi.Nabi muhammad s.a.w sendiri pernah terlibat dengan perdagangan dinegeri Syam.Oleh itu berniaga adalah satu sunat para nabi. Rasulullah s.a.w telah membawa khabar gembira kepada para peniaga yang mengamalkan sikap jujur dan amanah ketika mana mereka berurus niaga.Sabda rasulullah s.a.w:

"Peniaga yang jujur dan amanah akan bersama para nabi,sodikin, orang-orang yang mati syahid pada hari kiamat kelak".

(Riwayat At-Tarmizi Ibnu Majah)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Banyak kelebihan yang diperolehi oleh orang yang terlibat dengan perniagaan. Pintu rezeki terbuka luas bagi orang yang berniaga berbanding dengan bidang-bidang yang lain.Rasulullah s.a.w sendiri amat menggalakkan umatnya supaya berniaga. Bahkan dikalangan para sahabat rasulullah terdapat sahabat yang terlibat secara aktif dalam perniagaan seperti usman bin affan,abdul rahman bin auf dan seumpamanya. Mereka adalah peniaga yang jujur, amanah dan hebat. Abdul rahman bin auf sendiri adalah salah seorang peniaga islam contoh. Beliau pernah menjual seribu ekor unta dalam masa sehari sahaja. Beliau menjualnya dengan harga yang murah, beliau hanya mengambil untung atas tali yang mengikat unta sahaja. Setiap utas tali itu, beliau mendapat untung satu Dirham. Dengan itu, beliau berjaya memperolehi keuntungan seribu darham dalam satu hari. Inilah kenyataan yang pernah disabdakan oleh rasulullah s.a.w:

"Hendaklah kamu berniaga, sesungguhnya perniagaan itu menjana 9/10 daripada rezeki".

(Riwayat Ahmad)

sungguh pun islam menggalakkan umatnya melibatkan diri dalam bidang perniagaan, namun mereka adalah terikat dengan syariat islam. Peniaga islam perlu memahami hukum-hakam dalam perniagaan, supaya mereka tidak melanggar batas-batas hukum yang telah ditetapkan oleh allah s.w.t. Mereka tidak boleh menipu, tidak boleh memberi rasuah, tidak boleh terlibat dengan amalan riba' dan amalan-amalan lain yang bertentangan dengan syariat islam.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Agama islam amat tegas dalam amalan riba'. Islam menganggap riba' sebagai amalan yang keji dan tergolong sebagai salah satu dosa besar. Islam menolak segala bentuk amalan riba'. Rasulullah dengan tegasnya mengeji amalan berunsurkan riba'. Saidina Jabar r.a meriwayatkan sebuah hadis mengenai riba':

Rasulullah s.a.w melaknat pemakanan riba', wakilnya, penulisannya, dua orang saksinya. Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kesemua mereka itu sama sahaja".

(Riwayat Muslim)

Rasulullah s.a.w dengan kerasnya mencela orang yang terlibat dengan amalan riba'.Mereka adalah golongan yang menekan dan menindas para peminjam. Justeru, allah s.w.t telah memberi peringatan kepada orang yang beriman supaya menjauhi amalan riba' dan seterusnya mengistiharkan perang kepada pemakan riba'. Firman allah s.w.t:

"Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki-baki riba' (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba' itu) ketahuilah kamu,akan adanya peperangan dari allah dan rasulunya (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, Dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa".

(Al-Baqarah ayat 278-279)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Sesetengah orang menyangka bahawa harta yang haram itu adalah hasil daripada kerja mencuri atau merompak sahaja. Mereka lupa bahawa harta yang dihasilkan daripada riba' juga adalah haram. Lebih dahsyat lagi, apabila orang yang bergelumang dengan amalan riba' menganggap jual beli dan riba' adalah sama sahaja.Begitu juga antara peminjam konvensional (yakni pinjaman secara riba') dengan peminjam perbankkan islam, mereka mengaggap adalah sama sahaja, sedangkan allah s.w.t hanya menghalalkan perniagaan, tetapi tidak menghalalkan riba'. Firman allah s.w.t:

"Mereka mengatakan : "Bahawa sesungguhnya berjual-beli itu sama sahaja seperti riba'". Pada hal allah telah menghalalkan jual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba'.

(Al-Baqarah ayat 275)

Sidang jumaat yang berbahagia,

Orang yang terlibat dengan riba' akan dicabut keberkatan dalam hidupnya. Firman allah s.w.t:

"Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba', dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran dan selalu melakukan dosa".

(Al-Baqarah ayat 276)

Bagaimana memperolehi keberkatan dalam hidup jika kehidupan berbaur dengan amalan riba'?. Apakah kita tidak terfikir bahawa harta yang diperolehi daripada pendapatan yang haram seperti riba', pasti tidak akan mendatangkan keberkatan?.

Syeikh Ibnu Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-zawajir menjelaskan bahawa harta orang yang terlibat dengan riba' akan hilang berkat, antaranya:

1- Harta itu mudah hilang

2- Harta itu dibelanjakan bagi perkara yang tiada berfaedah dan membawa kepada dosa.

3- Jiwanya terasa miskin walaupun hartanya banyak.

4- Harta itu mudah mendorong pemiliknya melakukan dosa dan maksiat.

5- Hilang sifat amanah.

6- Cenderong kepada amalan rasuah dan penipuan.

7- Harta itu terdedah kepada kecurian,rompakkan dan dikhianati.

8- Sentiasa terdedah kepada bahaya doa orang yang dizaliminya.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Di negara kita terdapat tidak kurang 19 institusi kewangan yang menjalankan perkhidmatan kewangan secara islam, bersih daripada unsur-unsur riba'. Kerajaan telah menyediakan pilihan kepada umat islam untuk menggunakan perkhidmatan kewangan islam. Para ulamak dan golongan pakar yang telah dilantik dan terlibat secara langsung dalam mengawal perjalanan perbankan islam supaya selari dengan prinsip syariah. Perbankan islam di malaysia telah berkembang aktif dan meluas. Justeru, umat islam di malaysia dengan mudah dapat menggunakan perkhidmatan kewangan islam samada mereka tinggal disebuah bandaraya yang besar atau pun disebuah pekan yang terpencil. Oleh itu, tidak ada sebab untuk umat islam menggunakan perkhidmatan pinjaman daripada institusi kewangan yang berteraskan riba'. Apatah lagi dengan institusi kewangan dipasaran gelap seperti "Along" , yang bukan sahaja mengenakan faedah atau bunga yang tinggi, malah boleh mengancam nyawa mangsa yang tidak mampu melunaskan hutangnya.

Sidang jumaat yang berbahagia,

Marilah kita memohon Inayah daripada allah s.w.t, agar kita diberikan kekuatan untuk membebaskan diri serta dijauhi daripada terlibat dengan sistem riba' samada sebagai peniaga atau pun hanya seorang peminjam.

"Wahai orang-orang yang beriman!,janganlah kamu memakan (atau mengambil), riba' dengan berlipat-lipat ganda, dan hendaklah kamu bertakwa kepada allah, supaya kamu berjaya".

(Ali-Imran ayat 130)

Ya-Allah, engkaulah tuhan yang maha berkuasa, kami bersyukur kehadratmu yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat meneruskan usaha kearah memperkukuhkan negara umat islam khususnya negeri selangor, sebagai negeri yang maju dan sejahtera.Justeru kami pohon kehadratmu ya-allah, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanafaat, suburkanlah jiwa kami dengan budipekerti yang mulia, kembalikanlah generasi muda kami ke jalan yang engkau redhai, lindungilah kami daripada ujianmu yang berat seperti banjir besar, kemarau panjang, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

Saturday, July 7, 2007


Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam
Posted on Sunday, July 01 @ 08:29:58 MYT by SongkokPutih
Bahan Rencah Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.


Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.


Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.


Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.


Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.


Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.


Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.


Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata
itu berhasil.


Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.


Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.


Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.


Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.


Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).


Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.


Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.


Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.


Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.


Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.


Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.


E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,


E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.


Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti
syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada
saudara kita.

Pemuda al Kahfi

Islam tidak menuntut pengamal atau pengajar untuk mengajar Islam secara senyap2 atau tersembunyi. Adapun hal nabi mempraktik pada awal Islam tidak boleh digunapakai dalam keadaan aman dan damai apalagi disebuah negara spt Malaysia. Besar kemungkinan tujuan mereka adalah untuk mengelakkan dari diri mereka di kesan. Kalau apa yang mahu diajarkan itu adalah kebenaran ilmu Islam mengapa harus di ajar secara rahsia? Antara ciri2 ajaran agama yang sesat spt berikut;

* Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.

* Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

* Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

* Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

* Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

* Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

* Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.

* Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampian sebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

* Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis. [Lihat http://www.sabah. edu.my/cwm010/ ajaransesat. htm]

Lain-lain ciri2 arajan sesat dan seumpamanya boleh dichek disini http://sg.geocities .com/bomohonline /ajaran-sesat1. html

Diantara ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia adalah seperti berikut:-

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. "Trancendentel Meditation"- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
39. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
40. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
41. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
42. Tarikat Mufaridiah
43. Ajaran Hassan Anak Rimau
44. Tarikat Aurad Ismailiah
45. Ajaran Martabat Tujuh
46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
48. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
50. Ajaran Mohd Nor Seman
51. Ajaran Ayah Pin
52. Ajaran Bahai
53. Al-Ma`unah
54. Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar
56. Coming soon many more..... [lihat http://ms.wikipedia .org/wiki/ Organisasi_ Ajaran_Sesat ]

Senarai diatas tidak akan berhenti disitu saja malah akan bertambah dari masa ke semasa. Ini adalah sebahagian kecil ajaran2 sesat yang pernah direkodkan dan masih banyak lagi ajaran dan tarikat yang tidak tersenarai. Mungkin sebab ini agaknya mereka takut untuk muncul dikhalayak ramai dan menjalankan aktiviti secara bersembunyi. Ada pula guru2 mereka yang menggunakan kuasa2 ghaib atau supernatural act utk menarik minat orang ramai utk menyertai kumpulan mereka.

Pesantren Zaytun (Negara Islam) / Dauliyah Islamiyah / Gerakan Kahfi

Aqidah dan Pemikiran

1. Membahagikan tawhid itu kepada 3 bahagian, iaitu tawhid Rubbubiyah,
tawhid Mulkiyyah dan Tawhid Ubudiyyah:

* Tawhid Rubbubiyah merujuk kepada Rabbi iaitu aturan dan sandaran
perlembagaan Negara Islam berdasarkan (Al Quran dan As Sunnah).

* Tawhid Mulkiyyah merujuk kepada kawasan dan wilayah kekuasaan Negara
Islam.

* Tawhid Ubudiyyah merujuk kepada penganut ,rakyat dan warganegara
Islam.

2. Segala aturan,perintah dan arahan dari Negara Islam (NI) adalah sama
dengan arahan Allah yang wajib dipatuhi.

3. Semua pekerja NI adalah malaikat di sisi Allah.

4. Kerasulan dan kenabian tidak berakhir dengan alasan setiap orang yang

menyampaikan da'wah Islam bererti rasul Allah.

5. Al Quran diakui sebagai wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad,
namun
manusia mempunyai kebebasan untuk menta'wil ,mentafsir dan membainat
mengikut kehendak nafsu mereka baik ayat muhkamat dan mutasyabihat

6. Hari Qiamat adalah hari kebangkitan dan kemenangan mereka untuk
isytihar
futuh Mekah.

7. Solat terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu solat actual dan ritual.
Solat
yang lebih utama mahunya Allah ialah solat actual iaitu segala bentuk
aktiviti ,program yang ditetapkan oleh NI.Solat ritual ialah solat lima
waktu tidak diwajibkan hingga setelah futuh.

8. Melakukan solat actual adalah bukti laksanakan Negara Islam yang hak
dan
ibadat paling utama dalam ajaran ini. Antaranya merekrut ahli
baru,hafazan
ayat Al Quran,dana,program dan menjadi umat Islam sepenuhnya dengan
berhijrah ke Negara Islam (bersyahadah dan berbai'ah).

9. Menghalalkan apa jua cara bagi melaksanakan matlamatnya termasuk
menipu,
mencuri barang milik keluarga sendiri,syarikat dan kawan-kawan yang di
luar
golongan mereka kerana untuk memenangkan agama Allah.

10. Orang yang berada di luar golongan mereka adalah kafir ,munafik dan
musyrik termasuk ibu bapa,adik beradik, golongan ulamak kerana mereka
bukan
warganegara Islam tetapi umat demokrasi.

11. Jika berlaku sebarang perlanggaran syariat Islam yang ditetapkan
mereka
akan dikenakan 'dam' yang harus dibayar dengan wang ringgit.

12. Dosa juga boleh ditebus dengan membayar wang taubat.

13. Ibadat korban bukanlah dengan menyembelih haiwan ternakan tetapi
dengan
mengorbankan wang ringgit dan harta benda bagi pembangunan NI.

14. Haram mengahwini pasangan yang di luar golongan mereka kerana ibarat

berkahwin dengan orang kafir maka tidak sah perkahwinannya.

15. Negara Malaysia dianggap Mekah dan NI dianggap Madinah. Hanya yang
telah
berhijrah dan menjadi warganegara NI layak dipanggil umat Islam.

16. Syurga di akhirat hanya layak untuk mereka yang telah Islam iaitu
kepada
yang telah menjadi warganegara NI. Sebelum mendapat syurga di akhirat
hendaklah terlebih dahulu mendapat 'syurga' di dunia .

17. Lailatul Qadar adalah hari diturunkan Al Quran kepada pengikut yang
baru
dalam sesi hijrah pertama. Ia menunjukkan Allah maha adil kerana
Lailatul
Qadar yang difahami sekarang hanya pada mereka yang bernasib baik dan
berlaku sekali dalam setahun.

18. Isra' dan Mikraj merujuk kepada seseorang 'rasul' bertemu dengan
pemimpin tertinggi dalam struktur organisasi NI.

19. Menutup aurat tidak diwajibkan kepada semua pengikutnya dengan
alasan
kahfi.

20. Setiap pengikut diwajibkan berjihad harta dan diri. Membayar infaq
yang
ditetapkan setiap bulan dan sanggup menjadi kuda tunggangan serta orang
suruhan ulul amri mereka.

21. Harta milik pengikut mereka adalah milik Allah dan hendaklah
diserahkan
apabila diminta berbuat demikian.

22. Mengerjakan haji bukanlah satu ibadat mahunya Allah kerana tujuan
Rasulullah ke Mekah adalah untuk menakluk Mekah dengan berselindung
disebalik mengerjakan ibadat haji.

23. Pengagihan wang zakat bukanlah kepada asnaf yang ditetapkan tetapi
juga
boleh digunakan untuk pembangunan prasarana NI.

24. Rasulullah tidak mempunyai apa-apa mukjizat selain Al Quran.

25. Rasulullah tidak 'Ummi' kerana mustahil seorang cucu pembesar Mekah
buta
huruf. Rasulullah menulis sendiri ayat-ayat Al Quran yang diwahyukan
kepadanya.

26. Nama sebenar Nabi Muhammad ialah Ahmad. Muhammad merujuk kepada
suatu
'Lembaga Kerasulan Muhammad' yang berperanan sebagai kumpulan dakwah
Islam
di zaman Nabi Muhammad.

27. Yang menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhamad bukanlah Malaikat
Jibrail
tetapi kumpulan pemuda kahfi di zaman itu.

28. Sunnah bukanlah merujuk pada segala tingkah laku dan amalan
Rasulullah
dalam beribadat tetapi turun dan naiknya gelombang kejatuhan dan
tertegaknya
negara Islam dari Adam hinggalah kerajaan Turki Othmaniah.

29. Bukti gerakan ini di landasan yang hak adalah merujuk kepada ayat
Allah
yang menjadikan bumi ini dalam 6 masa. Ia ditafsirkan sebagai fasa
(framework) yang mesti dilalui oleh sesebuah.

Negara Islam dalam 6 peringkat sebagai contoh :

1) Kondisi Mekah
2) Kahfi Pertama
3) Isytihar Negara Islam
4) Kahfi Kedua
5) Futuh Mekah
6) Ekspansi (penyebaran ke seluruh dunia)

30. Hadis Rasullullah hanyalah satu cerita kosong yang tiada
kena-mengena
dalam perlaksanaan ibadat dan mendirikan Negara Islam.

31. Menyentuh kitab Al Quran tidak perlu berwuduk,malah ia boleh
dilontar,
dipijak, dihempas dan diludahi kerana ia buatan manusia. Yang lebih
penting
ialah melaksanakan isi kandungannya daripada meghormati rupa bentuknya.

32 Rasulullah tidak maksum dan pernah melakukan banyak dosa tetapi tidak

diceritakan dalam sejarah. Mustahil Rasullullah dapat berdakwah pada
orang
seperti Umar Al Khattab jika peribadi baginda berbeza dengannya.
Modus Operandi

A)Pemilihan ahli
Setiap individu yang telah terpilih menyertai organisasi ini hendaklah
menyerahkan nama-nama prospek baru yang difikirkan layak ke dalam 'bank
nama' untuk direkrutkan. Sebelum individu dibenarkan berjumpa dengan
prospek
,ulul amri akan meneliti senarai nama tersebut dan mengarahkan untuk
menjalankan Iqra' 1. Proses ini amat penting untuk menjamin survival
kumpulan ini di masa hadapan. Berikut adalah ciri -ciri individu yang
diperlukan:
1.Tidak terlalu tua atau terlalu muda
2.Berharta dan kaya
3.Sihat dan tidak cacat
4.Bukan anggota keselamatan
5.Belum dipengaruhi sebarang ideology lain
6.Tidak bekerja syif
7.Bukan muallaf

Setelah selesai mendapatkan detail tersebut dan melepasi ciri -ciri yang

dikehendaki, ahli tersebut bolehlah membuat Iqra' 2 dan membuat
temujanji
dengan prospek. Kali ini beliau akan ditemani oleh orang lama dalam
organisasi ini yang bertindak sebagai pemancung bagi mematahkan
hujah-hujah
prospek. Al Quran turut dibawa bersama sebagai alat menguatkan hujah
mereka.
Di penghujung Iqra'2 prospek akan ditawarkan mengikuti kelas pengajian
tafsif Al Quran secara percuma bagi menarik minatnya menyertai
organisasi
ini.

Berikut adalah sesi yang mesti dilepasi oleh seseorang individu sebelum
layak mengikuti sesi hijrah pertama:

1.Sesi Silatulrahim
2.Sesi Akidah
3.Sesi Sunnah
4.Sesi Ibadah
5.Sesi Perlaksanaan

Sekiranya prospek menunjukkan respon positif sepanjang berlangsungnya
kesemua sesi ini, mereka akan diuji bagi menilai tahap keyakinan
mereka..
Jika dilihat seakan menolak ,pentilawah akan mengulangi berpuluh kali
ayat
yang sama dan melabelkan prospek sebagai orang kafir yang suka tinggal
di
dalam tong najis sekiranya enggan berhijrah.

Di dalam sesi perlaksanaan, prospek akan diminta membayar RM 1,500.00
dan RM
70 infaq wajib untuk melayakkannya mengikuti kelas 'Sistem Pendidikan
Islam'
(SPI) selama 6 bulan. Setelah wang diberikan, prospek akan diminta
membayar
lagi 'Wang Taubah'. Jumlahnya tidak ditetapkan tetapi mengambil kira
sebanyak mana dosa yang telah dilakukan sejak lahir hingga sekarang. Ada

yang membayar hingga RM 20,000.00 dan jumlah minimum yang ditetapkan
adalah
sebanyak RM200.00. Mereka juga diingatkan supaya menyimpan wang RM
3600.00
dan passport antarabangsa untuk melawat ke Negara Islam.

Pada program hijrah pertama, prospek diminta menunggu di transit seawal
5
pagi. .Hal ini bagi mengelakkan daripada dikesan oleh pihak tertentu.
Prospek akan dijemput oleh seseorang dengan menaiki kereta atau van ke
tempat yang ditetapkan.Sebelum perjalanan dimulakan, mata hendaklah
ditutup.
Perjalanan ke 'gua' tersebut tidaklah terlalu jauh.

Setelah semua yang terdiri daripada lelaki dan perempuan dikumpulkan di
'gua', mereka diberikan taklimat ringkas tentang program yang akan
dijalankan pada hari tersebut. Pada jam 9 pagi, sesi hijrah bermula
dengan
sesi ta'aruf kepada wakil pemimpin 'Negara Islam' (NI) . Setiap orang
diminta berdiri untuk membacakan lafaz baiah di hadapan 4 orang pemimpin
NI
tersebut. Majlis berakhir jam 5 petang.

Kelas SPI bolehlah dibahagikan kepada 7 peringkat:

1.Kelas Sambutan
2.Kelas Persediaan Asas District -PAD
3.Kelas P3D
4.Kelas PDU 1
5.Kelas PDU 2
6.Sejarah Am
7.Sejarah Khusus

B) Method Dakwah

Setiap individu diwajibkan membawa tafsir Al Quran setiap kali program
berlangsung. Ahli lelaki dikehendaki berkemeja lengan panjang, bertali
leher, berseluar panjang dan berkasut. Bagi perempuan pula, cukup dengan

berpakaian kemas. Sementara menunggu sesi dimulakan, setiap ahli
dikehendaki
menyerahkan wang program ( rujuk ayat 58:12) ke dalam sampul yang
disediakan. Kemudian sesi diteruskan dengan semakan hafazan setiap
individu
mengikut peringkat yang ditetapkan. Setelah selesai, pimpinan NI
meneruskannya dengan mengarahkan ahli membaca ayat tertentu daripada
surah
tertentu. Kemudian ahli diminta supaya memberi pendapat mengikut fahaman

mereka tentang ayat tersebut. Setiap ahli juga akan disoal bertalu-talu
untuk menilai kefahaman mereka. Kebiasaannya tidak ada seorang pun yang
menjawab mengikut seperti yang dikehendaki. Sebarang persoalan
dibenarkan
untuk diajukan. Keadaan ini seolah menunjukkan pimpinan bersikap terbuka

tetapi jika ada yang berani bertanya, individu tersebut akan disindir
dan
diherdik kerana cuba menjadi pengacau di dalam kelas tersebut. Sebelum
kelas
berakhir, setiap ahli dikehendaki menyampaikan kesan dan pesan daripada
program tersebut kemudian ditulis di atas kertas untuk direkodkan.
Program
berakhir jam 11 malam.

C) Infaq

Infaq merupakan parameter terpenting dalam menentukan tahap keimanan
individu yang terlibat dalam organisasi ini. Setiap ahli dikehendaki
membayar jumlah infaq yang berbeza mengikut tahap dan peringkat
tertentu.
Alasan yang diberikan ialah di dalam negara yang bathil ini pun bermacam

cukai dan benda yang mesti dibayar. Oleh itu, untuk membina Negara Islam

lebih banyak wang diperlukan. Ini kerana Allahlah yang meminta anda
berjihad
harta dan diri sebelum diangkat darjat olehNYA. Antara infaq yang
ditetapkan
ialah:

1.Harakah Ramadhan
2.Infaq individu
3.Harakah Korban Aidil Adha
4.Pendidikan
5.Projek Mega
6.Taifah ( office )
7.Granite
8.Sedekah Program Khas ( Ta'lim Ta'lum)
9.Intisodiah

Bayaran lain pula adalah seperti (58:12) setiap minggu, program
kepimpinan,
SMS, pengangkutan, kos sewa bangunan ,bil air dan elektrik, barang
-barang
pejabat dan stationary. Pembelian wajib yang 'diturunkan' oleh ulul amri

seperti frozen food, jus minuman, minyak angin ,kuih muih dan sebagainya

amatlah membebankan ahli. Jumlah keseluruhan boleh dianggarkan sekitar
RM
1000.00 sebulan yang wajib dijelaskan tanpa memberi sebarang alasan.
Jika beralasan, maka akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi menambahkan
keyakinan ahli. Ini tidak termasuk kos persediaan berhijrah ke NI iaitu
RM
3,600.00 yang mesti di jelaskan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, Ajaran Pemuda Kahfi ini bukanlah ajaran Islam
seperti
yang diperjuangkan. Ia adalah satu aliran agama baru yang bertopengkan
ajaran Islam bagi mengelirukan pengikutnya yang dahagakan ilmu agama.Ia
juga
boleh di kategorikan sebagai golongan Islam Liberal dan Anti Hadis.
Kepada
sesiapa yang terlibat dan masih aktif, segeralah bertaubat. Kepada yang
belum terlibat, berhati-hatilah dengan perangkap mereka.

Thursday, September 14, 2006
Edisi Tengah: Cuba cari pengikut

sumber

Edisi Tengah: Cuba cari pengikut
Oleh Norfaisal Jahuri
am@hmetro.com. my

MELAKA: Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) mengakui ajaran sesat Daulah
Islamiyah Nusantara (Din) pernah cuba bertapak di negeri ini bagi
mencari
pengikutnya tahun lalu.

Bagaimanapun, pengikut kumpulan berkenaan dikatakan lenyap dalam tempoh
beberapa bulan ketika siasatan dijalankan.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Jaim, Rahimin Bani, berkata pergerakan

ajaran sesat Din sukar dikesan berikutan kumpulan ini tidak mempunyai
markas
di negeri ini.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diberikan seorang pengadu, pengikut
ajaran sesat Din hanya menumpukan pekerja di sektor industri di negeri
ini.

"Aduan itu diterima Oktober tahun lalu dan pengadu terbabit mendakwa
ahli
kumpulan berkenaan terlalu berahsia sehinggakan pengikutnya akan ditapis

secara teliti oleh orang atasannya sebelum diterima masuk.

"Pengadu turut mendakwa kumpulan ajaran sesat Din berpusat di Kuala
Lumpur,"
katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Akhbar ini semalam melaporkan, ajaran sesat Din atau Gerakan Pemuda
Kahfi
yang pernah aktif di negeri ini dan Melaka tidak lama dulu, dikesan
masih
bergerak aktif di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Malah, pemimpin gerakan itu bijak mengelak daripada dikesan pihak
berkuasa
dengan menggunakan taktik sentiasa berpindah dan tidak mempunyai markas
khas.

Ajaran sesat itu menghalalkan pengikutnya menipu, dosa boleh ditebus
dengan
wang dan mensasarkan golongan berkemampuan seperti ahli korporat.

posted by Al-kahfi @ 7:58 PM
Edisi Tengah: Selindung di sebalik kelas tafsir al-Quran

sumber
Edisi Tengah: Selindung di sebalik kelas tafsir al-Quran

SEREMBAN: Ajaran menyeleweng Daulah Islamiyah Nusantara (Din) atau
Gerakan
Pemuda Kahfi menggunakan taktik memberi tekanan psikologi kepada orang
tertentu yang berminat mendalami agama untuk mempengaruhi mereka
mengikuti
fahaman terbabit.

Modus operandi yang digunakan adalah menerusi menyediakan kelas tafsir
al-Quran yang hanya disertai empat orang dengan tiga daripada adalah
anggota
ajaran itu manakala seorang lagi orang baru.

Dengan cara itu, mereka memberi tekanan terhadap orang baru sehingga
mempengaruhi untuk mengeluarkan 'wang saraan' bulanan kepada pergerakan
terbabit.

Lebih mengejutkan, berdasarkan maklumat Angkatan Belia Islam Malaysia
(Abim)
terdapat beberapa individu bergelar VIP dan ahli politik terjebak dalam
pergerakan itu.

Ketua Biro Dakwah Abim, Rahimi Abdul Rahim, berkata berdasarkan
maklumat,
pintu masuk kepada ajaran itu adalah menerusi kelas tafsir al-Quran.

"Mereka akan memberi fahaman baru kepada al-Quran, Islam, Sunnah, jihad
sehingga membawa kepada unsur penyelewengan seperti meringankan solat
iaitu
hanya boleh ditunaikan melalui niat saja.

"Namun, ramai di kalangan pengikut ajaran itu sudah kembali ke pangkuan
Islam sebenar selepas menyedari diperalatkan dan dikelirukan apabila
mereka
perlu memberi wang bulanan antaranya wang taubat berjumlah RM300 dan
wang
hijrah antara RM1,000 hingga RM3,000," katanya yang dihubungi di sini,
semalam.

Beliau berkata, bekas pengikut ajaran itu bagaimanapun berada dalam
ketakutan kerana menerima ugutan atau ancaman.

"Tetapi didapati ancaman itu hanya ugutan dan tiada kejadian jenayah
berlaku," katanya.

Menurutnya, Abim sedang mengumpul maklumat berhubung pergerakan itu
tetapi
menghadapi masalah kerana kebanyakan bekas ahli tidak dapat memberi
maklumat

posted by Al-kahfi @ 7:54 PM
Teman Wanitanya Dijerat Al-kahfi

sumber

Edisi Tengah : Jebak dakyah Pemuda Kahfi
Oleh Muhd Izawan Baharin dan Sulaiman Salleh

SEREMBAN: Ajaran sesat Daulah Islamiyah Nusantara (Din) atau Gerakan
Pemuda
Kahfi yang pernah aktif di negeri ini dan Melaka tidak lama dulu,
dikesan
masih bergerak aktif di beberapa kawasan sekitar Selangor.

Malah, pemimpin gerakan itu bijak mengelak daripada dikesan pihak
berkuasa
dengan menggunakan taktik sentiasa berpindah dan tidak mempunyai markas
khas.

Ajaran sesat itu menghalalkan pengikutnya menipu, dosa boleh ditebus
dengan
wang dan mensasarkan golongan berkemampuan seperti ahli korporat,
pegawai
tinggi kerajaan, pensyarah serta ahli politik sebagai anggota.

Seorang pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Azman mendakwa, dia
berpura-pura menyertai ajaran sesat itu beberapa bulan lalu untuk
mengetahui
punca perubahan sikap teman wanitanya.

Katanya, dengan penyamaran itu, dia diberikan satu artikel ditulis
seorang
lelaki bernama Syahid Redha.

"Artikel itu menyatakan gerakan ajaran yang dinamakan Gerakan Ajaran
Pemuda
Kahfi aktif di Malaysia sejak 10 tahun lalu," katanya kepada Harian
Metro,
semalam.

Azman berkata, artikel itu turut menyertakan 28 akidah dan falsafah
ajaran
itu yang perlu dilaksanakan pengikutnya.

"Jabatan agama Islam perlu melakukan tindakan tegas kerana ajaran itu
menghalalkan perkara diharamkan," katanya.

Menurutnya, ajaran sesat itu menganggap mereka yang tidak menyertai
gerakan
itu sebagai kafir, munafik dan musyrik termasuk ibu bapa, malah golongan

ulama.

"Dipercayai gerakan ini bermula dari sebuah sekolah agama swasta di Jawa

Barat, Indonesia dan mereka tidak mempunyai markas tetap bagi
mengelakkan
pergerakan dikesan pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, pemimpin ajaran itu menggunakan pelbagai nama samaran dan
hanya
muncul dalam program tertentu menyebabkan kebanyakan ahli tidak
mengenali
siapa pemimpin mereka.

"Lebih mengejutkan, satu daripada ajaran itu mendakwa menyentuh kitab
suci
al-Quran tidak perlu berwuduk, malah ia boleh dilontar, dipijak,
dihempas
dan diludah kerana hanya pelaksanaan isi kandungannya perlu diutamakan,"

katanya.

Taktik ajaran itu menyerahkan nama orang yang difikirkan layak untuk
dimasukkan ke dalam `bank nama' bagi tujuan direkrutkan.

Ciri-ciri individu yang diperlukan adalah tidak terlalu tua, berharta,
tidak
cacat, bukan anggota keselamatan, belum dipengaruhi sebarang ideologi
dan
bukan mualaf.

Sehubungan itu, Azman meminta pihak penguat kuasa bagi membanteras
ajaran
sesat itu sebelum lebih ramai terpengaruh.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Agama Islam Selangor
(Jais),
Fakhrul Azam Yahya, berkata pihak berkuasa agak sukar mengesan
pergerakan
itu kerana ia tidak mempunyai markas tetap.

"Malah, kami turut mendapat maklumat bahawa pengikutnya akan ditutup
mata
setiap kali dibawa ke markas tertentu bagi mengelak mereka tahu lokasi
terbabit," katanya yang dihubungi, semalam.

Sehubungan itu, beliau meminta pengadu atau orang ramai yang mempunyai
maklumat supaya menghubungi Jais.

"Pihak kami memerangi ajaran sesat di sekitar Selangor untuk mengelakkan

orang ramai terjebak," katanya.

posted by Al-kahfi @ 12:51 AM