Saturday, July 7, 2007

Pemuda al Kahfi

Islam tidak menuntut pengamal atau pengajar untuk mengajar Islam secara senyap2 atau tersembunyi. Adapun hal nabi mempraktik pada awal Islam tidak boleh digunapakai dalam keadaan aman dan damai apalagi disebuah negara spt Malaysia. Besar kemungkinan tujuan mereka adalah untuk mengelakkan dari diri mereka di kesan. Kalau apa yang mahu diajarkan itu adalah kebenaran ilmu Islam mengapa harus di ajar secara rahsia? Antara ciri2 ajaran agama yang sesat spt berikut;

* Mencemarkan kesucian Al-Ouran dan hadis seperti memansukh, mengubah, mempertikai, atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan hadis. Contohnya kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansukhkan semua kitab samawi.

* Mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam seperti mendakwa menyatukan semua agama termasuk Islam ke dalam agama baru atau mendakwa semua agama adalah sama sebagaimana ajaran Bahai.

* Mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, sebagai Imam Mahdi, sebagai nabi, sebagai tuhan, atau jelmaan tuhan sebagaimana ajaran Oadiani.

* Menolak perkara yang qat'ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad sebagaimana ajaran Qadiani dan Bahai.

* Mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan niat sebagaimana ajaran Bahai.

* Mengubah konsep dosa dan pahala seperti memberi kuasa penebusan dosa kepada seseorang seperti ajaran Tariqat Al-Mufarridiah.

* Mendakwa boleh melakukan perkara-perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara-perkara ghaib seperti memanggil roh orang mati termasuk roh para nabi, wali, dan malaikat.

* Mendewa-dewakan sesuatu selain Allah S.W.T. seperti menyeru nama orang-orang yang telah meninggal dunia di dalam doa atau jampian sebagaimana yang dilakukan oleh bomoh atau dukun yang mengamalkan ilmu hitam.

* Menolak hadis mutawatir atau hadis secara umum seperti golongan anti hadis. [Lihat http://www.sabah. edu.my/cwm010/ ajaransesat. htm]

Lain-lain ciri2 arajan sesat dan seumpamanya boleh dichek disini http://sg.geocities .com/bomohonline /ajaran-sesat1. html

Diantara ajaran sesat yang diwartakan di Malaysia adalah seperti berikut:-

1. Nasrul Haq
2. Budi Suci
3. Al-Watan
4. Budi Suci Sejati
5. Jawa Faradin
6. Silat Sunda Pukulan Ghaib
7. Tusuk Hikmat
8. Ilmu Kebatinan
9. Potong Maya
10. Naluri
11. Kaula
12. Haqqullah Syahadah
13. Rampai
14. Wali Suci
15. Kalimat Sakti
16. Silat Pukulan Jarak Jauh
17. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat
18. Zikir Sha`ban Islam Haq
19. Asal Wujud Garis Laksmana
20. Al-Ma`zat
21. "Trancendentel Meditation"- Maharisi Mahish Yugi
22. Ilmu Kebatinan
23. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis
24. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar
25. Kumpulan Ikhwan/al-Mas
26. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri)
27. Mohd Nordin Putih
28. Nasrun S.T.Qahar
29. Roslan Katimun atau Ajaran Wali Sembilan
30. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya
31. Wali Sembilan
32. Khatijah binti Ali @ Puan Tijah
33. Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin
34. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari
35. Al-Arqam
36. Golongan Anti Hadis
37. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali #juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su)
38. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang
39. Ajaran Hj.Kadar Ahmad
40. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana
41. Ajaran ilmu Hakikat@ Jahar Dumin Hulu Langat
42. Tarikat Mufaridiah
43. Ajaran Hassan Anak Rimau
44. Tarikat Aurad Ismailiah
45. Ajaran Martabat Tujuh
46. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol
47. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh)
48. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit
49. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani
50. Ajaran Mohd Nor Seman
51. Ajaran Ayah Pin
52. Ajaran Bahai
53. Al-Ma`unah
54. Ajaran Azhar Wahab
55. Ajaran Hj.Banuar
56. Coming soon many more..... [lihat http://ms.wikipedia .org/wiki/ Organisasi_ Ajaran_Sesat ]

Senarai diatas tidak akan berhenti disitu saja malah akan bertambah dari masa ke semasa. Ini adalah sebahagian kecil ajaran2 sesat yang pernah direkodkan dan masih banyak lagi ajaran dan tarikat yang tidak tersenarai. Mungkin sebab ini agaknya mereka takut untuk muncul dikhalayak ramai dan menjalankan aktiviti secara bersembunyi. Ada pula guru2 mereka yang menggunakan kuasa2 ghaib atau supernatural act utk menarik minat orang ramai utk menyertai kumpulan mereka.

2 comments:

armorphism said...

are u sure al-arqam itu sesat?..

Pernahkah kamu membaca buku2nya?..

Atau kamu hanya melihat/mendengar/mempercayai sumber2 dari media dan kata2 pimpinan kerajaan?..

Saya tidak menafikan ajaran2 lain itu sesat kerana sebahagian daripdanya pernah saya kaji sendiri..

Mohd Hairee said...

Belajar dahalu Syariah - Fegah, Tarikat - Tauhid, Hakikat - Usulludin dan Makrifat - Tasauf baru anda mebentangkan hujah. Ada perlu melihat dan 2 mata iaitu mata zahir dan mata batin. Jika tidak sama lah sahaja seperti dajjal buta mata sebelah. Urusan roh yang menyebabkan manusia hidup di muka bumi dan berbadan ini sudah menjadi hal berat untuk anda. maka jangan begitu mudah menuding jari jemari menutup HAQ ALLAH.