Friday, November 9, 2007

Valiant defiance



Valiant defiance
Revisiting WWII gets back on the Japanese invasion trail and examines the fiercest clash of the Malayan campaign: the Battle of Kampar. CHRISTINA KOH speaks to a historian about the furious fighting on ridges above the tin-mining town.

CHRISTMAS Eve, 1941, brought little joy to the battle-weary men of the British battalion at Kampar, Perak. They did, however, enjoy a brief respite and the unexpected miracle of a traditional Christmas Eve dinner.

Although they knew the Japanese were advancing inexorably with each passing hour, the men managed to celebrate the season with turkey, poultry from the Kampar market, fresh bread from a Chinese bakery, chocolate, and even wine and beer.

As the soldiers gathered for a quiet Christmas morning church service, few realised that in just five days, many would take part in what would be their fiercest battle with the Japanese in the entire Malayan campaign.

The Battle of Kampar lasted four bloody days, according to local historian Chye Kooi Loong, author of The History of the British Battalion – Malayan Campaign: 1941-42.

Chye Kooi Loong (in white hat) sitting in an old machine gun nest on Green Ridge and lecturing army officers from the Malaysian Armed Forces Staff College on the Battle of Kampar.
Chye, who spent seven years researching the battle, relates that the British were in desperate straits after suffering disastrous defeats at Jitra and Gurun in Kedah.

Lieutenant-General Arthur E. Percival, commander-in-chief of the British forces in Malaya, chose Kampar to make his stand because of the 1,206m-high Gunung Bujang Melaka ridge overlooking the tin-rich town.

On Dec 23, 1941, Percival’s battalion took up positions on three low ridges north of Kampar: Green Ridge, Thompson Ridge and Cemetery Ridge dominated the main road and railway, and the flat tin mining terrain to the west of Kampar was also ideal for the defenders’ artillery – the British had artillery superiority over the Japanese.

For seven days, the 2,000 troops laboured feverishly from dawn to dusk, digging firing trenches, machine gun pits and artillery observation posts. To this day, some of the trenches can still be seen on Green Ridge.

On the dawn of Dec 30, two days after the Japanese took Ipoh, their artillery began firing on the Kampar ridges from the Malim Nawar road. The British guns replied.

“The bombardment from both sides shook the ground and the pounding could be heard by people as far as Ipoh, Gopeng and Batu Gajah to the north, and in Tapah and Bidor to the south. Giant flashes lit up the night sky. This was the beginning of the Battle of Kampar,” says Chye.

Although the Japanese numbered 9,000 men, and had some 200 tanks and 100 artillery guns, they were beaten back at first by strategically placed mines, dense barbed wire, and machine-gun fire – “It’s interesting to note that the British had only seven days to prepare the defences. They did a marvellous job, considering they had only bare hands and shovels,” points out Chye.

The Japanese suffered heavy casualties when they probed the defences, but on New Year’s Day, 1942, they decided to mount an all-out assault on the eastern flank of Thompson Ridge.

The attackers managed to overrun some British positions because the defenders’ guns had seized when the barrels became red hot and there were no spares, according to Chye.

Hours later, the British were able to recapture some of the positions, albeit at great cost, and only after a failed first charge.

“Many people could not know that the Japanese replaced their frontline soldiers after every 48 hours of fighting, whereas the British and Indian troops had hardly any replacements.”

The Japanese Army entering an unnamed village in Perak. The photo is courtesy of the Matang Historical Complex in Taiping, Perak, where it is on display.
On Jan 2, the Japanese massed their troops to penetrate the weakened defences on the eastern side of Thompson Ridge.

In the afternoon, the British decided to send the Jat/Punjab Regiment under the command of Capt John Graham and his second-in-command, Lieutenant T. Lamb, to charge the lines and clear the Japanese.

“Each man was given a mug of rum and some ammunition, had their bayonets fixed, then followed Capt Graham’s lead.

“As they charged the rearward slope of the ridge, the soldiers shouted ‘Sat Siri Akal’, the Punjabi war cry meaning ‘Glory to God’.

“According to the records of British historian Sir Compton MacKenzie, the Japanese mowed down many of the soldiers but the survivors pushed on. Lt Lamb was killed in the second line of the charge.

“When they finally reached the last line, Capt Graham had both legs blasted off by a Japanese mortar bomb. In spite of his wounds, he stood on his stumps and shouted encouragement to his remaining men.

“They succeeded in clearing the trenches of Japanese and carried their leader back to the army first aid post to be attended to.”

Graham died a day later at the Tanjung Malim army hospital.

In the end, though, the British were forced to withdraw to Trolak to avoid being cut off by a flanking movement from Teluk Intan to the south-west.

Today, says Chye, the Battle of Kampar is studied in military colleges worldwide as an interesting example of why the British were able to do so well there despite the earlier disasters in Kedah.

“To the Japanese, the British Battalion and other Indian units of the 6th and 15th Brigades had given them a bloody mauling for the first time in the Malayan campaign.”

n Next week, Revisiting WWII shares some personal accounts of how Kampar’s famous statue of La Salle was saved, and how people learnt to eat maize?.

We urge readers who have firsthand memories of life in Malaya, Sarawak and Sabah during World War II, or know of friends and relatives who lived through those years, to share the information and help preserve the memories for posterity.

Mementoes, artefacts, documents and photographs – which we will return – will also be most welcome. Please include a contact phone number and/or address.

Mark all material “Revisiting WWII” and send to: The Star, Menara Star, No. 15, Jalan 16/11, 46350 Petaling Jaya, Selangor; fax: 03-7955 4039; e-mail: ww2@thestar.com. my.

Related story:
Pushing across Perak

Originally published in The Star on Sunday May 8, 2005

Friday, September 7, 2007

Saturday, August 25, 2007

Belajar bahasa Inggeris

Contoh perbualan dalam Bahasa Inggeris: Menempah bilik

Reserving a room/Menempah bilik

Hotel clerk : Thank you for calling Sunway Inn. May I help you?
Terima kasih kerana memanggil Sunway Inn. Boleh saya bantu?
Azman : Yes, I’d like to make a room reservation for two persons on the 29th of March. Your hotel is a 3-star hotel, right?
Ya, saya ingin membuat tempahan bilik untuk dua orang pada 29hb Mac. Hotel Sunway ialah hotel 3 bintang bukan?
Hotel clerk : Yes, sir. Our hotel is a 3-star hotel .Okay. Let me check our current reservation for a moment. The 29th of May, right?
Ya, encik. Hotel kami ialah hotel bertaraf 3 bintang. Baiklah. Biar saya semak tempahan semasa kami sebentar. Pada 29hb Mei bukan?
Azman : No. It’s in March, not May.
Tidak. Pada bulan Mac, bukan Mei.
Hotel clerk : Oh, sorry! Let me see here. Hmmm.
Oh, maafkan saya! Biar saya semak sekejap. Hmmm.
Azman : Do you still have a vacant room on that night?
Awak masih ada bilik yang kosong tak pada malam itu?
Hotel clerk : Well, we only have one suite left on that particular night, complete with a kitchenette and a jacuzzi. And you will get an excellent view of the city, too.
Pada malam itu kami cuma tinggal bilik ‘suite’ sahaja, lengkap dengan dapur dan jakuzi. Dan encik akan dapat pandangan kota yang menarik.
Azman : How much is the rate?
Berapa kadar sewanya?
Hotel clerk : It’s only RM300 nett.
Cuma RM300 bersih.
Azman : Oh, that’s a little too expensive for me. Do you have a cheaper room available either on the 28th or the 30th?
Oh, bilik itu terlalu mahal untuk saya. Ada tak bilik yang lebih murah sama ada pada 28hb atau 30hb?
Hotel clerk : One moment, please. Let me check. Okay, we do have a few rooms available on the 28
th but we’re full on the 30th.
Sebentar ya. Biar saya semak. Baiklah, kami ada beberapa bilik kosong pada 28hb tetapi kami penuh pada 30hb.
Azman : Well, how much is room on the 28th?
Baiklah, berapa kadar sewa bilik pada 28hb itu?
Hotel clerk : It’s only RM100 nett.
Cuma RM100 bersih.
Azman : Okay, that’ll be fine.
Baik, itu cukup bagus.
Hotel clerk : All right. Could I have your name, please?
Baiklah. Boleh berikan nama encik?
Azman : Yes. Azman Adnan.
Ya. Azman Adnan.
Hotel clerk : Okay, Encik Azman, we look forward to seeing you on March 28th.
Baiklah, Encik Azman, kami akan berjumpa dengan encik pada 28hb Mac nanti.
Azman : Okay. Goodbye.
Baiklah. Selamat tinggal.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 11: Bilik dan Penempahan Tiket dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

Israk dan Mikraj


Isra' dan Mi;raj: Menjawab Syubhat Golongan Yang Ragu

sra' dan Mi'raj: Mukjizat Rasulullah Yang Kedua Terbesar
oleh Hafiz Firdaus Abdullah (www. al-firdaus. com)

Peristiwa Rasulullah s. a. w. Isra' dari al-Masjid al-Haram ke al-Masjid al-Aqsa dan Mi'raj ke langit adalah salah satu mukjizat terbesar yang dikurniakan oleh Allah s. w. t. kepada baginda. Malah boleh dikatakan bahawa ia adalah kemukjizatan baginda yang kedua terbesar sesudah al-Qur'an al-Karim. Syaikh Najmuddin al-Ghaithiy berkata:

"Segenap kaum muslimin telah bersepakat untuk menerima kebenaran peristiwa Isra' dan Mi'raj Rasulullah s. a. w., iaitu satu malam di mana baginda diperjalankan oleh Allah `Azza wa Jalla dari al-Masjid al-Haram di Makkah ke al-Masjid al-Aqsa di Palestin dan dinaikkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha. Tujuan Isra' dan Mi'raj adalah agar hamba-Nya dan Rasul-Nya
(Muhammad s. a. w.) dapat menyaksikan secara langsung betapa besar kekuasaan Allah s. w. t. serta keajaiban-keajaiban ciptaan-Nya yang tidak mungkin diketahui oleh manusia di bumi dan tidak terjangkau oleh akal fikiran mereka. Ia adalah sesuatu yang hanya dapat dijangkau oleh keimanan yang mantap, teguh lagi suci.

Kita sebagai umat yang beriman menyedari bahawa mukjizat baginda yang berupa peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah sesuatu yang sungguh besar, sungguh ajaib serta mengkagumkan sesudah mukjizat baginda berupa kitab suci al-Qur'an yang sehingga sekarang – bahkan sehingga bila-bila jua dapat disaksikan
(kemujizatan) isi kandungannya.

Isra' dan Mi'raj merupakan satu peristiwa yang agung kerana tiada seorang Nabi mahupun Rasul yang diberi penghormatan oleh Allah s. w. t. untuk mengalaminya. Hanya Nabi Muhammad s. a. w. sahaja yang diberi anugerah ini. Ia adalah satu tanda ketinggian dan keagungan baginda di sisi Allah a. w. j.." [Qishah al-Mi'raj
(edisi terjemahan oleh A. Zakiy dengan judul Menyingkap Rahasia Isra' – Mi'raj Rasulullah; Pustaka Setia, Bandung 2000), ms. 13]

Apabila Rasulullah s. a. w. kembali daripada Isra' dan Mi'raj, baginda menerangkannya kepada kaumnya di Kota Makkah akan peristiwa yang baru dialaminya. Sebahagian daripada orang Islam yang lemah imannya mengingkari khabar tersebut dan murtad daripada Islam. Sementara yang selainnya daripada kalangan kaum kafir turut menolak khabar tersebut. Mereka menuduh baginda hanya berdusta atau setidak-tidaknya baginda hanyalah bermimpi.

Penolakan peristiwa Isra' dan Mi'raj masih berlaku sehingga hari ini daripada kalangan umat Islam. Bezanya penolakan mereka dilakukan dengan cara yang lebih halus dan licik. Lebih tepat, mereka adalah orang Islam yang beraliran modernis atau Islam Liberal yang mengunggulkan akal di atas wahyu sehingga apa jua petunjuk wahyu yang tidak logik di sisi akal mereka akan ditolak atau didustakan.

Insya-Allah melalui artikel ini penulis akan kemukakan beberapa dalih yang biasa mereka kemukakan untuk mempersoal dan menolak kemukjizatan peristiwa Isra' dan Mi'raj. Kemudian diikuti dengan penjelasan bagi menjawab persoalan dan penolakan mereka. Kita mulakan dengan dalih yang pertama:

DALIH PERTAMA:

Peristiwa Isra' adalah sesuatu yang mustahil berlaku kerana tidak mungkin seorang manusia dapat melalui perjalanan yang jauh dalam masa yang singkat tanpa apa-apa kenderaan yang canggih.

Penjelasan:

Peristiwa Isra' dan Mi'raj memang mustahil jika diukur dengan akal tetapi tidak mustahil jika diukur dengan kekuasaan Allah s. w. t.. Untuk menjelaskan dalih di atas, marilah kita mengkaji firman Allah s. w. t. yang bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya
(Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid Al-Haram (di Makkah) ke al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." [al-Isra' 17:01]

Allah a. w. j. telah memulai ayat di atas dengan "Subhanallah" , kenapakah demikian? Syaikh Mutawalli al-Sya'rawi rahimahullah (1998M) menerangkan sebabnya, sekali gus menjawab persoalan mustahil atau tidak peristiwa Isra':

"Dalam menyampaikan berita terjadinya peristiwa Isra' ini Allah s. w. t. memulainya dengan kata-kata Subhana…(Maha Suci). Kata-kata Subhana ini akan memberikan pengertian dalam hati seseorang bahawa di sana ada kekuatan yang jauh dari segala macam perbandingan, kekuatan yang jauh melampaui segala kekuatan manusia di muka bumi.

Maka makna perkataan Subhanallah ialah bahawa Allah Maha Suci Zat-Nya, Sifat-Nya dan Perbuatan-Nya dari sebarang kesamaan (dengan makhluk-Nya) . Kalau ada sesuatu perbuatan atau peristiwa yang di situ Allah s. w. t. mengatakan bahawa "Dia yang melakukannya" maka saya wajib mensucikan Dia (Allah) dari segala undang-undang dan ketentuan yang berlaku untuk manusia
(dalam mengukur perbuatan tersebut). Saya tidak boleh mengukur perbuatan Allah dengan perbuatan saya (kerana Maha Suci Allah daripada memiliki kesamaan dengan makhluk-Nya dalam melakukan sesuatu perbuatan). Oleh kerana itulah surah ini dimulai-Nya dengan kata-kata "Subhana" (Maha Suci) sehingga akan timbul kesan di dalam hati manusia bahawa peristiwa itu benar-benar ajaib lagi luar biasa, di luar jangkauan akal dan kemampuan manusia." [Isra' dan Mi'raj (edisi terjemahan oleh Noraine Abu dengan judul yang sama; Dinie Publishers, Kuala Lumpur 1994), ms. 39-40]

Di sini juga perlu dibezakan bahawa peristiwa Isra' bukanlah atas usaha Rasulullah s. a. w. tetapi ia adalah atas kekuasaan Allah s. w. t.. Oleh itu mustahil atau tidak peristiwa Isra' tidak diukur dengan kemampuan Rasulullah sebagai seorang manusia tetapi diukur berdasarkan kemampuan Allah s. w. t. sebagai yang Maha Berkuasa atas setiap sesuatu. Syaikh Mutawalli al-Sya'rawi menjelaskan lagi perbezaan ini:

"Sesuatu pekerjaan selalunya menurut ukuran siapa yang mengerjakannya. Misalnya dikatakan si A sedang berkhutbah, maka kita harus mengukur mutu khutbah itu dengan kemampuan si A sendiri. Begitu juga, seandainya si B yang melakukannya maka kita mengukurnya dengan kemampuan si B sendiri. Kalau dikatakan si fulan memikul satu beban maka kita mengerti bahawa dia memiliki kemampuan untuk memikulnya. Jadi bentuk, model dan kualiti sesuatu perkerjaan selalu diukur berdasarkan siapa yang mengerjakannya, bukan dengan ukuran lain.

Allah s. w. t. telah berfirman: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan (mengisra'kan) hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari." [al-Isra' 17:01] Dari ayat ini jelas bahawa yang "mengisra'kan" yakni yang melakukan perbuatan Isra' adalah Allah. Dia bertindak sebagai subjek manakala Nabi Muhammad s. a. w. sebagai objek. Jadi perbuatan "mengisra'kan" harus diukur dengan kriteria yang berlaku untuk Allah s. w. t., bukan dengan kriteria yang berlaku untuk Nabi Muhammad s. a. w. kerana baginda tidak berkata "Aku telah berisra' sendiri aku"

……Oleh itu membandingkan perbuatan Isra' kepada kemampuan Nabi Muhammad s. a. w. adalah tidak benar. Kalau hendak diukur kualiti (atau kemampuan) perbuatan "mengisra'kan" , hendaklah ia diukur dengan kemampuan Allah s. w. t. kerana Dia-lah yang melakukannya. Dalam peristiwa Isra' ini Nabi Muhammad s. a. w. telah dibawa oleh satu kekuatan yang di luar kekuatan atau kemampuan dirinya sendiri, yakni oleh kekuatan (Allah s. w. t.) yang tidak dapat diukur dengan apa jua." [Isra' dan Mi'raj, ms. 43-44]

Kesimpulannya, keseluruhan peristiwa Isra' dan Mi'raj adalah dibawah kekuasaan Allah s. w. t. yang tidak boleh diukur benar atau tidak berdasarkan apa-apa ukuran manusiawi. Ini kerana Maha Suci Allah daripada memiliki apa-apa persamaan dengan makhluknya, sama ada dari segi Zat, Sifat mahupun Perbuatan. Firman Allah: "Tiada sesuatupun yang semisal dengan-Nya; dan Dia-lah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat." [maksud surah al-Syura 42:11] "Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya." [maksud surah al-Ikhlas 112:04]

DALIH KEDUA:

Jika dianggap peristiwa Isra' adalah benar, maka ia bukanlah perjalanan secara hakikat yang melibatkan jasad (tubuh badan) tetapi hanyalah mimpi atau pengalaman rohani. Ini dibuktikan oleh firman Allah s. w. t. yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) ; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (al-Ru'ya) yang telah kami perlihatkan kepadamu (pada malam Isra' dan Mi'raj) melainkan sebagai satu ujian bagi manusia." [al-Isra'
17:60] Dalam ayat di atas Allah menggunakan perkataan al-Ru'ya yang bermaksud mimpi.

Ini diperkuatkan lagi oleh kenyataan A'isyah, isteri Rasulullah s. a. w. di mana beliau berkata: "Aku tidak kehilangan jasad Rasulullah s. a. w. tetapi Allah telah mengisra'kan roh baginda."

Penjelasan:

Di sisi jumhur ilmuan Ahl al-Sunnah wa alJama`ah, peristiwa Isra' berlaku ke atas jasad dan roh Rasulullah s. a. w., tidak roh atau sekadar mimpi sahaja. Pendapat jumhur ini juga diakui oleh Astora Jabat di mana beliau menulis: "……kebanyakan ulama merumuskan ia (Isra' dan Mi'raj) berlaku secara jasad dan roh. Mereka ada hujah-hujah tersendiri dalam mengambil pendirian itu terutama hujah yang merupakan hadis-hadis. " [Israk dan Mikraj (Bahagian Kedua) dalam Majalah al-Islam Ogos 2004, ms. 29]

Akan tetapi sayang sekali setakat masa penulis mengusahakan artikel ini (22 Ogos 2004), Astora Jabat tidak pula mengemukakan hujah-hujah yang dikemukakan oleh kebanyakan ulama tersebut. Di sini penulis merasa hairan kerana sebelum ini sudah beberapa kali Astora Jabat mendakwa bahawa manhaj beliau ialah bersikap adil dalam mengemukakan pendapat pro dan kontra dalam sesuatu subjek demi membuka pemikiran para pembacanya. Akan tetapi yang dikemukakan hanyalah pendapat yang dicenderungi Astora, jauh sekali daripada sikap adil dan ilmiah dalam menganalisa antara dua pendapat, manakah yang lebih kuat.

Tidak mengapa, memandangkan Astora Jabat sudah mengemukakan hujah-hujah pihak yang berpendapat bahawa Isra' dan Mi'raj hanyalah secara mimpi atau rohani, di sini penulis akan kemukakan pula hujah-hujah jumhur yang berpendapat ia adalah secara jasad dan rohani. Lebih dari itu, hujah-hujah ini adalah berdasarkan dalil-dalil al-Qur'an sahaja supaya tidak timbul di kemudian hari dalih yang baru pula, kononnya hadis-hadis tentang Isra' dan Mi'raj secara jasad dan roh adalah hadis ahad sahaja. Hujah-hujah jumhur adalah seperti berikut:

Hujah Pertama:

Allah s. w. t. memulakan ayat-Nya tentang peristiwa Isra' dengan tasbih Subhanallah, iaitu pada firman-Nya: "Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari al-Masjid Al-Haram (di Makkah) ke al-Masjid Al-Aqsa (di Palestin)……" [al-Isra' 17:01] Tasbih Subhanallah sepertimana dalam ayat di atas hanya digunakan untuk perkara-perkara yang menakjubkkan, guna menyedarkan para pembaca dan pendengar bahawa apa yang akan disampaikan seterusnya adalah sesuatu yang diluar kebiasaan. Seandainya Isra' dan Mi'raj hanya terjadi secara mimpi atau rohani, ia bukanlah daripada perkara-perkara di luar kebiasaan yang menakjubkan. Tentu sahaja ia tidak akan dimulai dengan perkataan tasbih. [Syaikh Shalih bin Fauzan al-Fauzan – al-Irsyad ila Shahih al-I'tiqad (Dar Ibn Khuzaimah, Riyadh 1997), ms. 232]

Hujah Kedua:

Dalam menerangkan peristiwa Isra' [surah al-Isra'
17:01], Allah s. w. t. merujuk kepada Rasulullah s. a. w. dengan perkataan "hamba-Nya". Al-Imam Ibn Abi al-Izz rahimahullah (792H) menerangkan: "Perkataan "hamba" merupakan ungkapan yang meliputi jasad dan roh. Sepertimana ungkapan "manusia", ia adalah istilah yang meliputi jasad dan roh. Demikianlah yang difahami ketika disebutkan menurut bahasa secara mutlak. Dan demikianlah juga yang sahih (benar), bahawa Isra' terjadi dengan jasad dan roh. Ia bukanlah sesuatu yang tidak boleh diterima oleh akal." [Syarh al-Aqidah al-Thahawiyyah (takhrij Syaikh al-Albani, al-Maktab al-Islami, Beirut 1988), ms. 226]

Syaikh Mutawalli al-Sya'rawi mengulas lanjut: "Kata-kata "hamba-Nya" dapat digunakan untuk memberikan jawapan terhadap orang yang berpendapat peristiwa Isra' hanya terjadi dengan roh Rasulullah s. a. w. tanpa jasadnya. Sebab kata-kata `abd (hamba) diguna untuk roh dan jasad sekali gus, bukan untuk roh sahaja atau jasad sahaja sehingga tidak ada orang yang mengatakan roh sebagai `abd (hamba) atau jasad yang tidak berroh sebagai `abd (hamba)." [Isra' dan Mi'raj, ms. 56]

Hujah Ketiga:

Hujah jumhur yang ketiga merujuk kepada firman Allah s. w. t. yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad), bahawa sesungguhnya Tuhanmu meliputi akan manusia (dengan ilmu-Nya dan kekuasaan-Nya) ; dan tiadalah Kami menjadikan pandangan (al-Ru'ya) yang telah kami perlihatkan kepadamu (pada malam Isra' dan Mi'raj) melainkan sebagai satu ujian bagi manusia." [al-Isra'
17:60] Ini adalah ayat yang sama yang digunakan sebagai dalih oleh golongan yang mendakwa Isra' hanya dengan roh atau mimpi. Akan tetapi mereka terhalang daripada memahami petunjuknya yang sebenar, tidak lain kerana sikap mereka yang gopoh dalam meremehkan wahyu dan rakus dalam mengunggulkan akal.

Berikut disalin penerangan Syaikh Mutawalli al-Sya'rawi terhadap ayat di atas: "Menurut mereka
(golongan yang mendakwa Isra' hanya dengan roh atau mimpi) lafaz "al-Ru'ya" dalam ayat ini bererti "penglihatan dalam mimpi" dan bukan "penglihatan dalam keadaan sedar" sebab penglihatan dalam keadaan sedar mempergunakan bentuk masdar "rukyah".

Terhadap alasan ini kami kemukakan jawapan, bahawa apabila penglihatan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah mimpi, maka bagaimanakah hal ini boleh menjadi "sebagai satu ujian bagi manusia" (lihat akhir ayat 60 surah al-Isra' di atas)? Sedangkan makna "ujian bagi manusia" ialah adanya sebahagian mereka yang membenarkan dan sebahagian lain yang mendustakan. Seandainya hal itu berupa penglihatan dalam mimpi semata-mata, orang tidak perlu lagi berbincang untuk membenarkannya atau mendustakannya.

Sekarang marilah kita bicarakan erti (perkataan al-Ru'ya) dari sudut bahasa. Cuba anda rujuk kembali ucapan-ucapan (syair) jahiliyah sebelum diturunkan al-Qur'an, maka anda akan dapati bahawa kata-kata al-Ru'ya juga dipergunakan dalam erti melihat dalam keadaan sedar.

(Setelah mengemukakan dua buah syair daripada al-Ra'i al-Numari dan Mutanabi, Syaikh al-Sya'rawi menyambung) ……Maka dapatlah diketahui bahawa kata-kata al-Ru'ya dapat bererti melihat dengan mata kepala (yakni dalam keadaan sedar) dan boleh juga bererti mimpi. Akan tetapi biasanya kata-kata al-Ru'ya dengan erti "melihat dalam keadaan sedar" digunakan untuk perkara-perkara yang aneh dan menakjubkan yang biasanya hanya terjadi dalam mimpi.

Kembali kepada ayat 60 surah al-Isra' di atas, sekali lagi, seandainya yang dimaksudkan oleh ayat tersebut ialah mimpi nescaya hal tersebut tidak menjadi ujian bagi manusia dan tidak akan ada orang yang berselisih pendapat (tentangnya) . Adakah anda pernah menemui orang yang membantah terhadap mimpi seseorang kerana di dalam mimpinya dia melihat atau melakukan perbuatan begini dan begitu dengan kepantasan begini dan model begitu? Tidak mungkin ada orang yang membantah mimpi itu. Justeru jika hal itu menjadi ujian bagi manusia, maka ia menunjukkan bahawa peristiwa Isra' sebenarnya bukanlah mimpi." [Isra' dan Mi'raj, ms. 56]

Demikian tiga hujah daripada al-Qur'an yang dikemukakan oleh jumhur ilmuan sebagai bukti bahawa Isra' dan Mi'raj berlaku ke atas Rasulullah s. a. w. dengan jasad dan roh baginda. Tiga hujah ini juga mereka kemukakan berdasarkan penguasaan yang mendalam terhadap gaya bahasa dan metodologi al-Qur'an dalam menyampaikan sesuatu perkara. Perlu diingatkan bahawa al-Qur'an bukanlah buku untuk kanak-kanak yang memerlukan satu ayat untuk satu perkara. Akan tetapi ia adalah sebuah kitab yang tinggi nilai kemukjizatannya di mana dengan sepotong ayat ia dapat merangkumi beberapa perkara di dalamnya sekali gus.

Adapun riwayat kata-kata A'isyah, isteri Rasulullah s. a. w.: "Aku tidak kehilangan jasad Rasulullah s. a. w. tetapi Allah telah mengisra'kan roh baginda", maka ia adalah lemah dari sudut sanad dan tertolak dari sudut matan. Syaikh `Adil Ahmad dan Syaikh `Ali Mahmud dalam semakan mereka ke atas kitab al-Sirah al-Nabawiyyah
(Maktabah al-`Abikan, Riyadh 1998), jld. 2, ms. 11 telah mentakhrij riwayat di atas sebagai berikut: "Dikeluarkan oleh Ibn Jarir (Tafsir al-Tabari, jld. 8, ms. 16) daripada jalan Ibn Ishaq, dia berkata, diceritakan kepadaku oleh sebahagian ahli keluarga Abi Bakr bahawasanya A'isyah dia berkata: Aku tidak kehilangan jasad Rasulullah s. a. w. tetapi Allah telah mengisra'kan roh baginda." Selanjut berkata Syaikh `Adil Ahmad dan Syaikh `Ali Mahmud: "Di dalam (sanad ini) tidak dikenali siapakan guru Ibn Ishaq." Maksudnya, tidak diketahui daripada siapakah Ibn Ishaq menerima riwayat di atas. Justeru sanad di atas adalah dha`if.

Dari sudut matan pula, kata-kata A'isyah tersebut seolah-olah menunjukkan bahawa A'isyah bermalam di sisi Rasulullah s. a. w. pada malam peristiwa Isra' dan Mi'raj. Ini jelas tidak benar kerana sekalipun Rasulullah s. a. w. telah bernikah dengan A'isyah r. a. di Kota Makkah, baginda hanya menggauli atau tidur bersama A'isyah setelah hijrah ke Kota Madinah. Hal ini diterangkan sendiri oleh A'isyah dalam pelbagai riwayat yang sahih. [rujuk buku Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Dimasq (942H) – Azwaj al-Nabi (Dar Ibn Katsir, Damaskus), ms. 339-345 dan buku Maulana Muhammad Asri Yusuf – Ibnu Ishaq: Peranannya Dalam Penyebaran Fahaman Syi`ah Di Kalangan Ummah (Pustaka Bisyaarah, Kubang Kerian 2004), ms. 58-66]

Terdapat juga riwayat kedua daripada Mu`awiyyah bin Abi Sufyan r. a., namun sanadnya dha`if juga. Ia dikeluarkan oleh Ibn Hisyam (jld. 2, ms. 11) dan Ibn Jarir al-Tabari (jld. 8, ms. 16), kedua-duanya dengan sanad yang berpangkal kepada Ibn Ishaq, dia berkata: "Diceritakan kepadaku oleh Yakub bin `Utbah bin al-Mughirah, bahawasanya Mu`awiyyah bin Abi Sufyan apabila ditanya tentang peristiwa Isra' Rasulullah s. a. w., beliau menjawab: Ia adalah mimpi yang benar daripada Allah Ta`ala." Sanad riwayat ini terputus kerana Yakub bin `Utbah tidak mendengar daripada Mu`awiyyah bin Abi Sufyan. [Syaikh `Adil Ahmad dan Syaikh `Ali Mahmud, takhrij riwayat no: 280 dalam al-Sirah al-Nabawiyyah li Ibn Hisyam; juga Maulana M. Asri Yusuf – Ibnu Ishaq, ms. 58-59]

DALIH KETIGA:

Jika ayat pertama dan ke-60 surah al-Isra' menerangkan peristiwa Isra', maka ayat al-Qur'an yang manakah pula yang menerangkan peristiwa Mi'raj? Bagi kami peristiwa Mi'raj ke langit hanya terdapat di dalam hadis di mana para perawinya tidak terlepas daripada pengaruh kisah-kisah yang berasal daripada agama lain. Ini kerana di dalam agama-agama lain juga terdapat kisah para nabi dan pembesar mereka yang naik ke langit.

Penjelasan:

Peristiwa Mi'raj boleh dirujuk dalam ayat 11 hingga 18 surah al-Najm (surah ke-53) yang bermaksud: "Hati
(Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya
(dalam peristiwa Mi'raj). Jika demikian, patutkah kamu hendak membantahnya mengenai apa yang telah dilihatnya itu? Dan demi sesungguhnya! (Nabi Muhammad) telah melihat (malaikat Jibril, dalam bentuk rupanya yang asal) sekali lagi, Di sisi "Sidratul-Muntaha" , Yang di sisinya terletak Syurga "Jannatul-Makwa" , Semasa "Sidratul Muntaha" itu diliputi oleh makhluk-makhluk dari alam-alam ghaib, yang tidak terhingga.

Penglihatan (Nabi Muhammad) tidak berkisar daripada menyaksikan dengan tepat dan tidak pula melampaui batas (akan pemandangan yang indah di situ yang diizinkan melihatnya). Demi sesungguhnya, ia telah melihat sebahagian dari sebesar-besar tanda-tanda Tuhannya.

Dalam ayat-ayat di atas dapat diambil beberapa iktibar penting:
1.Apa yang dilihat oleh Rasulullah s. a. w. dalam peristiwa Mi'raj – sepertimana yang disebut dalam ayat-ayat di atas – itulah yang sebenarnya diterangkan oleh baginda dalam pelbagai hadis-hadis yang sahih. Apa yang dilihat dan diterangkan oleh baginda bukan suatu dusta, lalu apakah kita akan mendustakannya?

2.Allah s. w. t. menerangkan peristiwa Mi'raj di atas dengan penuh keagungan dan keistimewaan. Tidak mungkin semua ini hanya berlaku secara mimpi kepada Rasulullah s. a. w. kerana yang sedemikian akan meremehkan peristiwa Mi'raj. Justeru yang benar peristiwa Mi'raj juga berlaku kepada Rasulullah s. a. w. secara jasad dan roh supaya baginda dapat mengecapi keagungan dan keistimewaannya sebagaimana yang digambarkan oleh ayat-ayat di atas.

3.Kesamaan peristiwa Mi'raj dengan agama-agama lain tidak menjadi bukti bahawa ia adalah tiruan daripada agama-agama tersebut. Kebenaran peristiwa Mi'raj dipersaksikan oleh Allah s. w. t. di dalam al-Qur'an, jauh berbeza dengan peristiwa seumpama dalam agama-agama lain di mana ia adalah cerita-cerita orang-orang lama mereka.

DALIH KEEMPAT:

Dalam hadis-hadis yang menerangkan peristiwa Mi'raj, banyak disebut tentang pertemuan Rasulullah s. a. w. dengan Nabi-nabi daripada kalangan Bani Israil. Malah Rasulullah sendiri kononnya terpaksa menerima tunjuk ajar daripada Nabi Musa a. s. untuk mengurangkan jumlah solat fardhu daripada 50 kali sehari sehingga 5 kali sehari. Ini tidak dapat kita terima kerana Nabi Muhammad adalah jauh lebih mulia daripada Nabi Musa sehingga tidak perlu untuk baginda merujuk kepada Nabi Musa.

Semua tidak lain adalah kesan pengaruh Israiliyyat Yahudi – Nasrani yang telah meresap masuk ke dalam hadis-hadis, bertujuan merendahkan Nabi Muhammad s. a. w. dan meninggikan nabi-nabi mereka sendiri daripada kalangan Bani Israil.

Penjelasan:

Antara rukun iman kita umat Islam ialah beriman kepada semua nabi dan rasul Allah. Firman Allah s. w. t.: "Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada Rasul-Nya (Muhammad, s. a. w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikat- Nya, dan Kitab-kitab- Nya, dan Rasul-rasul- Nya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." [maksud surah al-Nisaa'
4:136]

Perlu dibezakan bahawa keimanan kita terhadap semua nabi dan rasul Allah tidak dipengaruhi oleh baik buruk tindakan umat-umat mereka. Atas dasar ini jugalah, apa-apa tindakan buruk kaum Yahudi dan Nasrani ke atas umat Islam tidak boleh dijadikan alasan untuk kita mengingkari para nabi dan rasul mereka, atau mengurangi kecintaan dan kehormatan kita kepada para nabi dan rasul mereka.

Khabar penemuan Rasulullah s. a. w. dengan para nabi terdahulu daripada kalangan Bani Israil – salam kesejahteraan ke atas mereka semua – bukanlah sesuatu yang merendahkan kemuliaan tetapi malah meninggikan lagi kemuliaan baginda. Ini kerana Allah s. w. t. tidak pernah menghimpun sejumlah para nabi dan rasul di dalam sebuah peristiwa melainkan dalam peristiwa Isra' dan Mi'raj manakala peristiwa Isra' dan Mi'raj pula ialah satu kekhususan kepada Rasulullah s. a. w. sahaja. Ini adalah satu kemuliaan kepada Rasulullah s. a. w. yang tidak diberikan Allah kepada para nabi dan rasul yang lain. Benarlah firman Allah s. w. t. yang bermaksud: "Rasul-rasul, Kami lebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain (dengan kelebihan-kelebihan yang tertentu)." [al-Baqarah
2:253]

Adapun tunjuk ajar Nabi Musa a. s. kepada Rasulullah s. a. w. untuk mengurangkan jumlah solat fardhu daripada
50 kepada 5 kali sehari, ia bukanlah sesuatu yang merendahkan martabat Rasulullah s. a. w.. Yang benar ia meninggikan lagi berdasarkan sifat rendah diri baginda untuk mendengar tunjuk ajar daripada seorang Rasul – yakni Nabi Musa a. s. yang telah memiliki pengalaman yang jauh lebih banyak daripada baginda sendiri. Semua ini termasuk kebijaksaan dan kekuasaan Allah s. w. t.. Jika Allah kehendaki nescaya Allah akan memfardhukan secara terus kepada Rasulullah s. a. w. solat lima kali sehari. Akan tetapi sengaja Allah memfardhukan 50 kali sehari dan mengatur pertemuan dengan Nabi Musa a. s.. Hikmahnya adalah sebagai pengajaran kepada kita umat Islam agar jangan angkuh dan sombong dalam menuntut ilmu atau menerima nasihat daripada orang lain.

Hikmah seperti ini juga terkandung di dalam al-Qur'an, sepertimana kisah burung gagak yang menunjukkan kepada salah seorang anak Nabi Adam a. s. bagaimana mengebumikan saudaranya (rujuk surah al-Maidah 5:31) dan kisah burung belatuk yang menerangkan kepada Nabi Sulaiman a. s. tentang salah laku puteri negara Saba
(rujuk surah al-Naml 27:20-24). Semua ini dikhabarkan oleh Allah s. w. t. di dalam al-Qur'an bukanlah untuk meremehkan manusia di hadapan burung gagak atau menghina Nabi Sulaiman a. s. di hadapan burung belatuk. Akan tetapi ia dikhabarkan sebagai hikmah pengajaran kepada kita bahawa ilmu yang benar berada di mana-mana dan kita tidak boleh bersikap angkuh atau sombong untuk menerimanya.

DALIH KELIMA:

Haiwan Buraq yang ditunggangi oleh Rasulullah s. a. w. tidak dikenali mahupun ditemui di mana-mana. Malah ia termasuk karut marut Isra' dan Mi'raj.

Penjelasan:

Di sini letaknya perbezaan yang besar antara Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah dan golongan modernis atau Islam Liberal. Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah mengunggulkan wahyu di atas akal manakala golongan modernis atau Islam Liberal mengunggulkan akal di atas wahyu. Dalam kes wujud atau tidak Buraq yang menjadi tunggangan Rasulullah s. a. w., Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menerimanya kerana ia dikhabarkan di dalam hadis-hadis yang sahih. Sekalipun ia mustahil dari sudut akal, ia tidak mustahil di sisi Allah s. w. t. kerana "Sesungguhnya keadaan kekuasaan-Nya apabila Ia
(Allah) menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia
(Allah) berfirman: "Jadilah!", maka ia terus menjadi." [maksud surah Yasin 36:82]

Alasan Buraq tidak ditemui di mana-mana bukanlah alasan yang kukuh kerana penemuan manusia bersifat relatif, apa yang tidak ditemui pada hari ini mungkin akan ditemui pada hari akan datang atau mungkin telah pupus pada masa yang telah lalu. Sebagai perbandingan, al-Qur'an al-Karim ada menerangkan perihal makhluk Ya'juj dan Ma'juj yang dikurung di antara dua buah bukit dan tembok besi yang dibina oleh Zulkarnain. Makhluk Ya'juj dan Ma'juj akan terkurung di sana sehinggalah ke satu masa di mana Allah s. w. t. akan membebaskan mereka sebagai salah satu isyarat besar Hari Kiamat (rujuk surah al-Kahf 18:93-99). Sehingga saat ini, makhluk Ya'juj dan Ma'juj masih gagal ditemui sekalipun dengan semua kemajuan canggih yang telah dicapai oleh akal manusia. Adakah dengan kegagalan ini kita akan membuat satu fokus yang baru di dalam akhbar atau majalah dengan tajuk "Karut Marut al-Qur'an tentang Ya'juj dan Ma'juj"?

KESIMPULAN:

Kemusykilan dan penolakan ke atas peristiwa Isra' dan Mi'raj bukanlah sesuatu yang baru di dalam sejarah umat Islam. Ia sudah muncul sejak Rasulullah s. a. w. kembali daripadanya dan mengkhabarkannya kepada kaumnya. Setelah itu ia tetap muncul di sana sini sehinggalah ke hari ini. Ini kerana akan sentiasa ada di kalangan umat Islam mereka yang mengunggulkan akal di atas wahyu. Mereka menggunakan akal untuk menilai peristiwa Isra' dan Mi'raj. Apa yang selari dengan logik akal mereka terima, apa yang tidak selari mereka tolak atau ubah suai. Sayang sekali penolakan dan pengubah-suaian mereka amat lemah lagi rapuh, selari dengan kelemahan dan kerapuhan akal mereka sendiri.

Di sini sikap kita yang benar ialah meletakkan akal pada tempatnya. Kita memanfaatkan akal di tempat yang merupakan wilayahnya dan kita mendiamkan akal di tempat yang bukan merupakan wilayahnya. Peristiwa Isra' dan Mi'raj bukanlah wilayah akal. Justeru akal tidak memiliki peranan dalam menilai benar atau palsu peristiwa Isra' dan Mi'raj melainkan sekadar berfikir untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya.

Hendaklah kita mencontohi sikap Abu Bakar al-Shiddiq r. a. di mana apabila beliau ditanya tentang peristiwa Isra' dan Mi'raj, beliau menjawab: "Ya, aku membenarkan baginda (Rasulullah) , malah terhadap apa yang lebih jauh daripada itu. Aku membenarkan khabar langit (yang Rasulullah bawa)." [Fath al-Bari (tahqiq Fu'ad `Abd al-Baqi), jld. 7, ms. 199]

IFC


Isytihar perang terhadap pertubuhan IFC

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM minta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia. Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, "Hang nak ikut ugama apa?"... Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan "Islam" yang ada kat mykad kita itu, depa minta di"tiada"kan.

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?... Kalau takdak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia? ... lagi 3 ana tak ingat, antum boleh refer dalam majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?... Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?... Depa kata kat Mufti Perak, "Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!".. . Datuk Harussani balas dalam majalah "Millenium Muslim", katanya, "Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!". .. Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia. Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
------------ --------- --------- --------- --------- --------- -
- [3] Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: "Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m. s. 70. Cetakan Beirut)

Wednesday, August 8, 2007

Belajar Bahasa Inggeris-Part 3

Memahirkan diri dalam perbualan menggunakan Bahasa Inggeris - Part 3

Kaedah Permulaan Perbualan
Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.
Tujuan 3: Menyapa orang lain dan memperkenalkan diri
Cara anda menyapa orang lain dan memperkenalkan diri akan membentuk imej anda pada pandangan orang lain, terutamanya apabila pertama kali anda berjumpa dengan orang tersebut. Jadi, adalah amat penting untuk anda menggunakan bahasa dan cara yang betul dan berhemah apabila anda menyapa orang lain dan memperkenalkan diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk memulakan perbualan:
Menyapa orang lain
Anda cuma perlu menyapa orang lain apabila pertama kali berjumpa dengan orang itu pada hari itu. Pastikan sapaan anda itu bersesuaian dengan masa.
Hello/Hi.
Good morning.
Selamat pagi.
* Good morning digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu pagi sebelum pukul 12 tengah hari.
Good afternoon.
Selamat petang.
* Good afternoon digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu petang selepas pukul 12 tengah hari hingga pukul 6 atau 7 petang.
Good evening.
Selamat malam.
* Good evening digunakan apabila anda berjumpa seseorang pada waktu petang/malam selepas pukul 6 atau 7 petang.
Info

Good night

Walaupun sapaan Good night kalau diterjemahkan secara bahasa akan memberikan maksud Selamat malam tetapi Good night tidak digunakan untuk menyapa orang lain pada waktu malam. Sebaliknya, good night digunakan untuk mengucap selamat tinggal sebelum berpisah pada waktu malam ataupun untuk diucapkan sebelum tidur.

Memperkenalkan diri sendiri

My name is…
Nama saya…
Hello, … (name)
Hello, ... (nama anda)
Contoh: Hello, Yusoff. (jika nama anda Yusoff dan anda ingin perkenalkan nama anda kepada orang yang tidak mengenali anda)
Hi, … (name)
Hi, ... (nama anda)
I am…
Saya…

Selain sekadar memperkenalkan diri anda dengan menyebut nama anda, anda boleh juga memperkenalkan diri anda sebegini:

I don’t think we’ve met, I’m… /my name is…
Saya rasa kita tak pernah berjumpa, saya…/nama saya…
Have we met before? I’m… /My name is….
Pernahkah kita berjumpa sebelum ini? Saya…/Nama saya…
Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.
__._,_.___

Thursday, July 26, 2007

5 cara pilih sahabat

5 cara pilih sahabat
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."


"Ya Allah, selamatkanlah umat Islam yg sedang sengsara di Lubnan, Palestin, Afghanistan, Iraq, Chechnya serta diseluruh pelosok dunia akibat dari angkara mungkar dan kekejaman musuh-musuh Mu. Peliharakanlah mereka, lindungilah mereka, kasihanilah mereka dan berikanlah rahmatMu ke atas mereka.

Amin, ya Rabbal A'lamin."

HAMKA

Hamka: Hilangnya seorang tokoh ilmuan Islam
Zaini Hashimi
Wed | Jul 25, 07 | 11:33:03 AM


Semalam (24 Julai 2007) adalah tarikh memperingati kepulangan Haji Abdul Malik Karim Amrullah (atau lebih dikenal sebagai Hamka) ke rahmatullah setelah beberapa hari berada di hospital kerana sakit tua.

Almarhum lahir pada tahun 1908, di desa kampung Molek, Maninjau, Sumatera Barat (Sumbar) dan meninggal di Jakarta 24 Julai 1981, adalah sastrawan Indonesia, sekaligus tokoh ulama dan aktivis politik.

Almarhum juga diberi gelaran Buya, iaitu panggilan buat orang Minangkabau yang berasal dari kata abi, abuya dalam bahasa Arab, yang bererti ayahku, atau seseorang yang dihormati.

Ayahnya adalah Syeikh Abdul Karim bin Amrullah, yang dikenali sebagai Haji Rasul, yang merupakan pelopor Gerakan Islah (tajdid) di Minangkabau, sekembalinya dari Makkah pada tahun 1906.

Pendidikan dan kerjaya dalam bidang dakwah di Nusantara
Hamka mendapat pendidikan rendah di Sekolah Dasar Maninjau sehingga kelas dua. Ketika usia Hamka mencapai 10 tahun, ayahnya telah mendirikan Sumatera Thawalib di Padang Panjang.

ImageDi situ Hamka mempelajari agama dan mendalami bahasa Arab. Hamka juga pernah mengikuti pengajaran agama di surau dan masjid yang disampaikan ulama tempatan terkenal pada waktu itu seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid, Sutan Mansur, R.M. Surjopranoto dan Ki Bagus Hadikusumo.

Hamka memulakan kerjaya sebagai guru agama pada tahun 1927 di Perkebunan Tebing Tinggi, Medan dan guru agama di Padang Panjang pada tahun 1929. Kemudian dilantik sebagai dekan di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhammadiyah, Padang Panjang dari tahun 1957 hingga tahun 1958.

Setelah itu, almarhum diangkat menjadi Rektor Perguruan Tinggi Islam di Jakarta dan Profesor Universiti Mustopo, Jakarta dari tahun 1951 hingga tahun 1960, beliau menjawat sebagai Pegawai Tinggi Agama oleh Menteri Agama Indonesia, tetapi meletakkan jawatan itu ketika Sukarno menyuruhnya memilih antara menjadi pegawai negeri atau bergiat dalam politik Majlis Syura Muslimin Indonesia (Masyumi).

Hamka adalah seorang tokoh dalam berbagai-bagai bidang ilmu pengetahuan seperti falsafah, sastera, sejarah, sosiologi dan politik, baik politik Islam maupun Barat. Dengan kemahiran bahasa Arabnya yang tinggi, beliau dapat menyelidiki karya ulama’ dan pujangga besar di Timur Tengah seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti dan Hussain Haikal.

Melalui bahasa Arab juga, beliau meneliti karya sarjana Perancis, Inggeris dan Jerman seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx dan Pierre Loti.

Almarhum juga rajin membaca dan bertukar-tukar fikiran dengan tokoh-tokoh terkenal Jakarta seperti HOS Tjokroaminoto, Raden Mas Surjopranoto, Haji Fachrudin, Ar Sutan Mansur dan Ki Bagus Hadikusumo sambil mengasah bakatnya sehingga menjadi seorang ahli pidato yang handal.

Almarhum juga aktif dalam gerakan Islam melalui organisasi Muhammadiyah. Beliau mengikuti pendirian Muhammadiyah mulai tahun 1925 untuk melawan khurafat, bidaah, tarekat dan kebatinan sesat di Padang Panjang.

Bermula pada tahun 1928, beliau mengetuai cawangan Muhammadiyah di Padang Panjang. Pada tahun 1929, Hamka mendirikan pusat latihan pendakwah Muhammadiyah dan dua tahun kemudian beliau menjadi konsul Muhammadiyah di Makassar.

Kemudian beliau terpilih menjadi ketua Majlis Pimpinan Muhammadiyah di Sumatera Barat oleh Konferensi Muhammadiyah, menggantikan S.Y. Sutan Mangkuto pada tahun 1946. Beliau menyusun kembali pembangunan dalam Kongres Muhammadiyah ke-31 di Yogyakarta pada tahun 1950.

Pada tahun 1953, Hamka dipilih sebagai penasihat pimpinan Pusat Muhammadiah. Pada 26 Juli 1977, Menteri Agama Indonesia, Prof. Dr. Mukti Ali melantik Hamka sebagai ketua umum Majlis Ulama Indonesia tetapi beliau kemudiannya meletak jawatan pada tahun 1981 karena nasihatnya tidak dipedulikan oleh pemerintah Indonesia.

Kegiatan politik Hamka bermula pada tahun 1925 ketika beliau menjadi anggota parti politik Sarekat Islam. Pada tahun 1945, beliau membantu menentang usaha kembalinya penjajah Belanda ke Indonesia melalui pidato dan menyertai kegiatan gerilya di dalam hutan di Medan.

Pada tahun 1947, Hamka diangkat menjadi ketua Barisan Pertahanan Nasional, Indonesia. Beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi Masyumi dan menjadi pemidato utama dalam Pilihan Raya Umum 1955.

Masyumi kemudiannya diharamkan oleh pemerintah Indonesia pada tahun 1960. Dari tahun 1964 hingga tahun 1966, Hamka dipenjara oleh Presiden Sukarno kerena dituduh pro-Malaysia.

Hasilkan pelbagai karya besar
Semasa dalam tahanan penjara, beliau telah mula menulis Tafsir al-Azhar yang merupakan karya ilmiah terbesarnya. Setelah keluar dari penjara, Hamka diangkat sebagai anggota Badan Musyawarah Kebajikan Nasional, Indonesia, anggota Majlis Perjalanan Haji Indonesia dan anggota Lembaga Kebudayaan Nasional, Indonesia. Selain aktif dalam soal keagamaan dan politik, Hamka merupakan seorang wartawan, penulis, editor dan penerbit.

Sejak tahun 1920-an, Hamka menjadi wartawan beberapa buah akhbar seperti Pelita Andalas, Seruan Islam, Bintang Islam dan Seruan Muhammadiyah. Pada tahun 1928, beliau menjadi editor majalah Kemajuan Masyarakat. Pada tahun 1932, beliau menjadi editor dan menerbitkan majalah al-Mahdi di Makasar. Hamka juga pernah menjadi editor majalah Pedoman Masyarakat, Panji Masyarakat dan Gema Islam.

Hamka juga menghasilkan karya ilmiah Islam dan karya kreatif seperti novel dan cerpen. Karya ilmiah terbesarnya ialah Tafsir al-Azhar (5 jilid) dan antara novel-novelnya yang mendapat perhatian umum dan menjadi buku teks sastera di Malaysia dan Singapura termasuklah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah dan Merantau ke Deli.

Sepanjang terlibat dalam kerjaya sebagai seorang ulama/sajana/ tokoh ilmuan Islam, al-marhum Hamka telah menubuhkan Universiti Muhammadiyah Prof. Dr. Hamka atau singkatannya (UHAMKA) yang merupakan pengembangan (Konversi) dari IKIP Muhammadiyah Jakarta yang didirikan pada 25 Rabiul Awwal 1377 H bertepatan dengan 18 November 1957.

Hamka pernah menerima beberapa anugerah pada peringkat nasional dan antarabangsa seperti anugerah kehormatan Doctor Honoris Causa, Universiti al-Azhar, 1958; Doktor Honoris Causa, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1974; dan gelaran Datuk Indono dan Pengeran Wiroguno dari pemerintah Indonesia.

Hamka telah pulang ke rahmatullah pada 24 Julai 1981, namun jasa dan pengaruhnya masih terasa sehingga kini dalam memartabatkan agama Islam. Beliau bukan sahaja diterima sebagai seorang tokoh ulama dan sasterawan di negara kelahirannya, malah jasanya di seluruh alam Nusantara, termasuk Malaysia dan Singapura. - mks.

Nasihat Mufti

Nasihat Mufti kepada semua umat Islam Malaysia.... Parahnya BangsaKU
Permasalahan umat Islam di negara ini semakin meruncing dan menghadapi pelbagai tekanan dari segenap penjuru. Golongan bukan Islam semakin berani mencampuri urusan umat Islam. Malahan yang bergelar Islam yang rapuh pengetahuan agamanya, turut mengancam Islam.

Walaupun kesibukan dengan temu janji tugasan, Mufti Perak, Dato' Seri Harussani Zakaria berkesempatan membicarakan isu ini. Ikuti temubual wartawan Harakah Nyza Ayob dan Azamin Amin di pejabatnya, di Kompleks Islam Darul Ridzwan, Ipoh baru-baru ini.

Pada pandangan Dato' bagaimanakah situasi dan keadaan umat Islam di Malaysia pada masa ini?

Pada pandangan saya, Islam di Malaysia sedang mnghadapi ancaman yang cukup berat. Ancaman utama yang dihadapi ialah pemindahan budaya dari Barat, sekularisma, budaya hedonisme, Islam liberal, pluralisma serta ancaman dari golongan yang membangkitkan soal khilafiah.

Sekularisma pada asalnya untuk mencengkam ekonomi dari Barat. Tapi bagi umum ia merupakan konsep untuk memisahkan manusia dengan agama. Ia telah menular dengan hebat dan telah menjadi ritual.

Sedangkan Islam tidak dapat dipisahkan dari keseluruhan hidup dan segala kegiatan hidup berkaitan dengan agama, yang dikatakan Islam sebagai ad-din.

Dalam Islam, ibadat itu merupakan asas kepada budaya. Budaya Islam terbentuk atas lima asas. Pertama dengan mengucap dua kalimah syahadah iaitu membina persaudaraan. Yang kedua sembahyang untuk merapatkan hubungan sesama manusia. Puasa untuk melahirkan kasih sayang dan belas ihsan. Zakat untuk membina sifat semangat pengorbanan dalam diri. Haji pula untuk penyatuan ummah.Maksud demokrasi Islam untuk memperkasakan usul yang lima iaitu agamanya, akalnya, keturunannya, jiwanya, hartanya dan maruahnya.

Islam meletakkan semua aspek kehidupan berlandaskan nilai agama. Bagaimana ia dapat diperkasakan dalam masyarakat?

Memperkasakan perkara ini mempunyai perkaitan hidup dengan manusia. Contohnya kita berinteraksi dengan manusia dalam hubungan biasa, pergaulan harian atau sosio ekonomi. Jika budaya tidak langsung diikat dengan akidah dan sistem syarak, maka budaya itu membawa kehancuran.

Bagaimanakah pula fahaman sekularisma yang telah sekian lama menular dalam masyarakat kita?

Sekularisma sudah menular dalam masyarakat Islam sehingga orang Islam sudah tidak menghiraukan soal halal haram. Contohnya berdasarkan kajian yang dibuat yang paling ramai ambil nombor ekor adalah orang Melayu. Begitu juga dengan minum arak. Perbelanjaan arak hampir 1 bilion dan semakin menular terhadap orang-orang Islam.

Kita lihat perselisihan yang paling ketara ialah sesama orang Melayu. Ia sampai ke institusi agama seperti masjid. Keadaan ini cukup merbahaya.

Kita lihat sekarang ini masyarakat kita terlalu taksub dengan hiburan

Saya berpandangan, apakah kita hendak menjadi pelakon yang menari di atas pentas untuk menghiburkan orang lain, sedangkan orang itu serius dalam hidupnya. Selama 48 tahun kita sudah merdeka, yang kita kejar tidak tercapai. dari segi ekonomi kita hanya memiliki 17 peratus sedangkan manusia makin laju.

Lebih ramai di kalangan kita terlampau seronok. Kita dilalaikan sehingga tidak sedarkan diri. Golongan belia kita diserang budaya hedonisma yang melahirkan golongan seperti 'black metal', 'skin head'. Ini merosakkan orang Islam.

Jika dilihat dahulu menggunakan nama Sure Heboh dan terdiri dari ramai belia. Tapi apabila ditukar pada Jom Heboh, lebih ramai golongan dewasa mengikutinya. Ditambah pula dengan program lain seperti Pesta Hurray.

Kita tidak belajar dengan apa yang terjadi pada tahun 1967 yang mana orang Arab disibukkan dengan bola. Israel masuk ke tanah Arab menjajah sehingga Senai jatuh ke tangan Israel. Begitu juga dengan Palestin. Ini berlaku kerana dilalaikan dengan bola. Cukup dengan tayangan bola dan tidak perlu tunggu bom hendak diletupkan. Negara tergadai, bangsa dihina, agama runtuh. Perkara ini harus menjadi pengajaran kepada kita.

Sejauhmanakah fahaman liberalisme ini menular dalam masyarakat kita?

Islam liberal ini cuba memesongkan manusia. Liberalisme ini merupakan fahaman yang diciptakan Yahudi sejak 2000 tahun dahulu. Ia berkembang dan Barat yang terpengaruh dengan liberalisme ini maka agama sudah jauh ditinggalkan. Jalan paling senang ialah mendekati dan meracuni fikiran bijak pandai Islam dengan cara logik mereka. Kita lihat hari ini suara-suara dari golongan ini cukup kuat dan ada yang menafikan azab kubur.

Dari segi intelektual kita diserang oleh fahaman liberalisme. Semua ini memesongkan akidah membuatkan semua orang tidak percaya pada agama. Mengikut liberalisme agama ini harus ditafsirkan dengan fikiran.

Fahaman ini dipanggil hemunatik. Sekarang ini suara lantang kedengaran dari golongan liberalisme supaya Quran itu juga ditapis. Yang mana tidak relevan bagi mereka dibuang. Sedangkan Quran itu kitab Allah.

Allah mencipta manusia dan kita lihat ilmu Allah itu cukup sempurna. DIA mencipta manusia dan tahu kebangkitan manusia. DIA menciptakan segala keperluan yang diperlukan manusia. Hukum Quran ini telah menetapkan peraturan.

Apakah Allah itu tidak sempurna hinggakan memasukkan perkara yang tidak relevan dimasukkan dalam Quran. Sedangkan Nabi memberi jaminan Quran dan hukum-hukum Islam sesuai pada setiap waktu sehingga kiamat. Kewajipan kita ialah menyesuaikan apa jua kemajuan dengan syarak.

Bagaimanakah pula dengan fahaman pluralisma yang menjadi amalan dalam masyarakat kita?

Pluralisma dengan fahaman agama tujuannya baik tapi jalannya berlainan. Fahaman ini makin kuat dan diterapkan pada orang Islam. Kerana itu ada yang menjadikan perayaan agama sebagai acara nasional. Sedangkan perkara ini sudah jelas dalam Quran, Allah mengatakan agama itu Islam. Dan siapa yang mencari selain dari Islam tidak akan diterima dan akan kecewa di akhirat nanti.

Begitu juga usaha-usaha ini menular pada golongan bijak pandai dan kepimpinan Melayu. Mereka sudah berusaha menubuhkan IRC dan sekarang ini IFC sehingga diperluaskan melalui 'road show'. Jadi, umat Islam diserang di pelbagai peringkat.

Bagaimanakah pula pertelingkahan sesama Islam berkaitan ilmu agama?

Golongan yang sudah berumur dan pencen pula diserang dengan fahaman khilafiah . Mereka ini orang yang mempunyai ilmu Islam tetapi mendabik dada mengatakan orang dulu semuanya silap. Hinggakan imam-imam mujtahid juga dikatakan silap. Sedangkan Rasulullah dalam hadisnya mengatakan sesiapa yang berijtihad akan memperolehi dua pahala.

Mereka ini menghukumkan perkara ini bidaah, perkara itu bidaah dan semua amalan bidaah itu masuk neraka. Sehinggakan orang ramai menjadi keliru. Ada masjid dan surau menjadi kosong dan tidak lagi didatangi pengunjung kerana perbalahan.

Sehingga kini, bagaimanakah penyelesaian pada permasalahan yang melanda masyarakat Islam kita?

Berdasarkan statistik hingga awal Januari 75,000 yang majoritinya Melayu mengidap penyakit Aids. Kita masih bertengkar dan sibuk dengan soal perkahwinan seperti yang timbul, kahwin misyar.Jadi masa kita banyak dihabiskan untuk perbahasan masalah yang telah ditetapkan Allah.

Orang-orang Islam Melayu khususnya di negara ini diserang dalam lima penjuru yang cukup bahaya. Jadi apa yang tinggal di negara kita sekarang ini? Saya bersungguh-sungguh untuk menyampaikan perkara ini kepada pihak-pihak tertentu supaya mempunyai kesedaran.

Alhamdulillah saya pernah mencabar di mana letaknya NGO-NGO Islam, mana persatuan-persatuan ulama, persatuan guru agama, persatuan masjid, khairat kebajikan Islam. Di mana mereka ini? Kenapa mereka tidak tampil untuk mempertahankan Islam?

Baru-baru ini Dato' melancarkan penubuhan Jaringan Muafakat 18 buah NGO Islam Perak. Apa pandangan Dato' tentang usaha yang dijalankan oleh NGO ini?

Sambutan yang dibuat oleh NGO Islam baru-baru ini merupakan satu langkah yang baik. Saya mengharapkan gerakan ini tidak hanya berkembang pada golongan bawahan tetapi berkembang pada golongan intelektual dan kepimpinan supaya dapat penerapan dengan sempurna.

Jika kita melihat sambutan pada malam pertama program itu kira-kira 6000 orang yang hadir, secara mentalitinya kita masih melihat masing-masing sering salah menyalah. Ada yang menyalahkan parti politik, ada yang menyalahkan kerajaan. Jika ini masih berlaku kita tidak dapat jalan penyelesaian.

Pada saya mesti berfikiran terbuka, melihat bahaya yang menimpa umat Islam dan harus bersatu. Kita tidak lagi tuduh menuduh sesama kita sebaliknya mencari jalan bagaimana mentarbiyah umat Islam ini supaya mereka sedar dan kembali pada agamanya. Ini untuk membina insan.

Rukun iman itu untuk membina insan. Kalau rukun iman dilaksanakan, mereka menjadi seoarng mukmin. Apabila individu yang beriman itu membentuk dirinya sebagai mukmin, maka akan lahirlah masyarakat mukmin. Kalau orang Islam melaksanakan rukun Islam iaitu ibadat zahir yang membentuk budaya, mereka bukan sahaja Islam tetapi muslim. Islam itu semuanya baik dan kita lahirkan manusia yang muhsin. Tiga tahap ini harus dicapai untuk kejayaan orang Islam.

Selagi kita tidak dapat membina dalam diri kita sifat mukmin dan tidak dapat membentuk muslim, dan kita membentuk diri kita sebagai yang sukar melakukan kebaikan, selama itu kita tidak akan berjaya. Perkara ini yang penting untuk kita lakukan.

Dalam kenyataan baru -baru ini Dato' ada mengatakan ada menerima sebuah surat daripada sebuah badan Kristian dari Amerika Syarikat yang mendakwa kira-kira 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian. Boleh Dato' terangkan lebih lanjut mengenai perkara ini

Dalam surat itu dinyatakan pihak berkuasa Islam zalim dan tidak adil kerana telah ada 40,000 orang Islam telah memeluk Kristian tetapi tidak berani beribadat dan keluar ke gereja kerana ancaman yang dibuat oleh pemimpin Islam dan orang Islam.

Surat itu diterima dari satu badan Kristian di New York. Angka yang diberikan itu sama ada sebahagian atau sebenarnya melebihi dari dinyatakan. Pada pandangan saya, perkara ini telah lama dibangkitkan dari masa ke semasa tetapi tidak mendapat sambutan.

Maksud Dato', ada yang memeluk Kristian tapi berselindung dengan imej Islam?

Ya. Contohnya terjadi baru-baru ini. Seorang wartawan telah menelefon saya, meminta pandangan apa yang harus dilakukan berkaitan masalah yang dihadapinya. Beliau sewaktu itu berada di kampung.

Katanya seorang gadis dalam lingkungan 20-an telah lari dari rumah dan ke rumah wartawan tersebut untuk meminta perlindungan. Datang seorang polis membawa ayah gadis tersebut. Kata gadis tersebut, bapanya hendak memaksanya ke gereja untuk masuk Islam. Bapanya seorang Melayu.

Jadi, jika sampai begini keadaannya, ini cukup parah. Perkara ini berlaku di pedalaman. Kenapa perkara ini berlaku? Mungkin kerana kewangan. Saya mendapat tahu jika seseorang itu dapat membawa seorang masuk Kristian, dia akan dibayar oleh pihak gereja.

Kita lihat majlis agama sekarang ini seolah-olah sudah hilang semangat dalam memainkan peranannya. Di mana peranan majlis agama ini dalam menjalankan penguatkuasaannya?

Majlis Agama menjalankan penguatkuasaannya untuk undang-undang. Kita lihat campur tangan di kalangan orang kita sendiri. Seperti yang berlaku di Wilayah Persekutuan. Jabatan Agama bertindak menangkap mereka yang melakukan kesalahan di bawah enakmen.

Tapi kita lihat pemimpin dan peguam Melayu mengecam penguatkuasa bahkan nak dibebaskan orang yang melakukan kesalahan.

Hadis Nabi berbunyi; 'Bagaimana nanti satu ketika apabila sudah berlaku, bagaimana keadaan kamu. Orang ramai melihat yang mungkar itu baik, yang baik itu mungkar'.

Yang menangkap itu baik tapi yang melakukan perbuatan itu mungkar. Masyarakat membela yang mungkar. Keadaan ini yang berlaku sekarang.

Dato' dilihat lebih lantang dan tegas dalam isu yang melibatkan Islam berbanding mufti lain.

Bukan. Mufti-mufti lain apabila diajukan masalah ini meminta mereka berkenaan bercakap dengan saya. Jadi, jika saya tidak bercakap, siapa yang akan bercakap. Bukan kerana saya lantang. Selain itu memang tugas saya untuk menyampaikan yang benar.

Ini tugas saya sebagai mufti. Saya dilantik oleh sultan dengan amanah untuk saya mengatakan yang benar. Jadi saya takut pada Tuhan dan takut kepada raja. Sebab itu saya bercakap terus terang apa yang saya lihat tidak betul.

Kenapakah mufti lain tidak berani menegur?

Bukan tidak berani. Mereka menyerahkan kepada saya. Maknanya mereka juga berani. Saya yang menjadi jurucakap. Tetapi saya tidak mewakili sesiapa. Mudah-mudahan apa yang saya nyatakan mendatangkan kesan yang baik pada masyarakat.

Campur tangan bukan Islam pada hal- hal orang Islam.

Oleh kerana kita sudah lemah, kita bergaduh sesama kita, orang lain mengambil kesempatan. Sedangkan dari segi perlembagaan pun mereka tidak boleh campur tangan. Dari segi undang-undang menjadi kesalahan. Tetapi kerana kita sendiri sudah tidak tahu undang-undang dan sudah tidak prihatin pada agama, kita biarkan mereka.

Mereka ini pernahkah membela Islam? Sedangkan kita sudah tahu musuh Islam sampai bila tidak akan membela Islam. Macamana baiknya Islam mereka tidak pernah mengatakan baik.

Kalau kita bercakap pasal hudud, kita hanya bercakap sahaja. Tidakkah kita terfikir mereka ini menyekat perkembangan agama?