Saturday, August 25, 2007

Belajar bahasa Inggeris

Contoh perbualan dalam Bahasa Inggeris: Menempah bilik

Reserving a room/Menempah bilik

Hotel clerk : Thank you for calling Sunway Inn. May I help you?
Terima kasih kerana memanggil Sunway Inn. Boleh saya bantu?
Azman : Yes, I’d like to make a room reservation for two persons on the 29th of March. Your hotel is a 3-star hotel, right?
Ya, saya ingin membuat tempahan bilik untuk dua orang pada 29hb Mac. Hotel Sunway ialah hotel 3 bintang bukan?
Hotel clerk : Yes, sir. Our hotel is a 3-star hotel .Okay. Let me check our current reservation for a moment. The 29th of May, right?
Ya, encik. Hotel kami ialah hotel bertaraf 3 bintang. Baiklah. Biar saya semak tempahan semasa kami sebentar. Pada 29hb Mei bukan?
Azman : No. It’s in March, not May.
Tidak. Pada bulan Mac, bukan Mei.
Hotel clerk : Oh, sorry! Let me see here. Hmmm.
Oh, maafkan saya! Biar saya semak sekejap. Hmmm.
Azman : Do you still have a vacant room on that night?
Awak masih ada bilik yang kosong tak pada malam itu?
Hotel clerk : Well, we only have one suite left on that particular night, complete with a kitchenette and a jacuzzi. And you will get an excellent view of the city, too.
Pada malam itu kami cuma tinggal bilik ‘suite’ sahaja, lengkap dengan dapur dan jakuzi. Dan encik akan dapat pandangan kota yang menarik.
Azman : How much is the rate?
Berapa kadar sewanya?
Hotel clerk : It’s only RM300 nett.
Cuma RM300 bersih.
Azman : Oh, that’s a little too expensive for me. Do you have a cheaper room available either on the 28th or the 30th?
Oh, bilik itu terlalu mahal untuk saya. Ada tak bilik yang lebih murah sama ada pada 28hb atau 30hb?
Hotel clerk : One moment, please. Let me check. Okay, we do have a few rooms available on the 28
th but we’re full on the 30th.
Sebentar ya. Biar saya semak. Baiklah, kami ada beberapa bilik kosong pada 28hb tetapi kami penuh pada 30hb.
Azman : Well, how much is room on the 28th?
Baiklah, berapa kadar sewa bilik pada 28hb itu?
Hotel clerk : It’s only RM100 nett.
Cuma RM100 bersih.
Azman : Okay, that’ll be fine.
Baik, itu cukup bagus.
Hotel clerk : All right. Could I have your name, please?
Baiklah. Boleh berikan nama encik?
Azman : Yes. Azman Adnan.
Ya. Azman Adnan.
Hotel clerk : Okay, Encik Azman, we look forward to seeing you on March 28th.
Baiklah, Encik Azman, kami akan berjumpa dengan encik pada 28hb Mac nanti.
Azman : Okay. Goodbye.
Baiklah. Selamat tinggal.
Artikel di atas dipetik daripada Bab 11: Bilik dan Penempahan Tiket dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.

No comments: