Kaedah Permulaan Perbualan
Dengan menggunakan kaedah permulaan perbualan ini, anda sebenarnya belajar cara-cara untuk memulakan sesuatu perbualan itu berdasarkan tujuan perbualan itu. Hal ini amat berkesan dan amat efektif kerana anda cuma belajar teknik untuk memulakan perbualan sahaja dan kemudian menamatkan perbualan itu mengikut kesesuaian situasi.
Tujuan 3: Menyapa orang lain dan memperkenalkan diri
Cara anda menyapa orang lain dan memperkenalkan diri akan membentuk imej anda pada pandangan orang lain, terutamanya apabila pertama kali anda berjumpa dengan orang tersebut. Jadi, adalah amat penting untuk anda menggunakan bahasa dan cara yang betul dan berhemah apabila anda menyapa orang lain dan memperkenalkan diri. Berikut adalah beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk memulakan perbualan:
Menyapa orang lain
Anda cuma perlu menyapa orang lain apabila pertama kali berjumpa dengan orang itu pada hari itu. Pastikan sapaan anda itu bersesuaian dengan masa.
Hello/Hi.
Good morning.
Selamat pagi.
* Good morning digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu pagi sebelum pukul 12 tengah hari.
Good afternoon.
Selamat petang.
* Good afternoon digunakan apabila anda berjumpa dengan seseorang pada waktu petang selepas pukul 12 tengah hari hingga pukul 6 atau 7 petang.
Good evening.
Selamat malam.
* Good evening digunakan apabila anda berjumpa seseorang pada waktu petang/malam selepas pukul 6 atau 7 petang.
Info
Good night
Walaupun sapaan Good night kalau diterjemahkan secara bahasa akan memberikan maksud Selamat malam tetapi Good night tidak digunakan untuk menyapa orang lain pada waktu malam. Sebaliknya, good night digunakan untuk mengucap selamat tinggal sebelum berpisah pada waktu malam ataupun untuk diucapkan sebelum tidur.
Memperkenalkan diri sendiri
My name is…
Nama saya…
Hello, … (name)
Hello, ... (nama anda)
Contoh: Hello, Yusoff. (jika nama anda Yusoff dan anda ingin perkenalkan nama anda kepada orang yang tidak mengenali anda)
Hi, … (name)
Hi, ... (nama anda)
I am…
Saya…
Selain sekadar memperkenalkan diri anda dengan menyebut nama anda, anda boleh juga memperkenalkan diri anda sebegini:
I don’t think we’ve met, I’m… /my name is…
Saya rasa kita tak pernah berjumpa, saya…/nama saya…
Have we met before? I’m… /My name is….
Pernahkah kita berjumpa sebelum ini? Saya…/Nama saya…
Artikel di atas dipetik daripada Bab 3: Memahirkan Diri Dalam Perbualan dengan Kaedah Permulaan Perbualan dalam buku Cara Mudah Menguasai Kemahiran Berbahasa Inggeris - Perbualan Sehari-hari Dalam Bahasa Inggeris. Buku ini ditulis oleh Mohd Yusoff Noordin aka Cikgu Tuition. Maklumat lanjut berkenaan buku ini boleh didapati di www.books.perintis. com.my.
No comments:
Post a Comment